Viral Kehidupan tauladan

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi

Asbab pernah menang sekali, seseorang itu boleh menjadi terlalu gila dalam bermain judi sehingga tidak tahu batas untuk berhenti. Sampaikan sudah terduduk sekalipun, mereka ini tetap sukar menghilangkan ‘ketagihan’ terbabit kerana beranggapan sentiasa ada peluang mendapat jackpot. Namun siapa sangka bagi pasangan suami isteri ini, kerugian dialami membabitkan penggunaan wang KWSP ratusan ribu ringgit.

BACA : Lesap 800K USD Sekelip Mata, Lisa Dikhianati Bekas Pengurus Boros Main Judi

RM30K dihadiahkan pada isteri…Baki RM530K dihabiskan di pusat perjudian

Nasi sudah menjadi bubur, Encik Fairus tampil berkongsikan semula kisah yang dihadapi oleh bapa kepada rakannya sendiri. Di usia 58 tahun, individu terbabit yang sebelum ini berkhidmat di sektor awam telah mendapat kelulusan mengeluarkan KWSP berjumlah RM560,000. Kemudian, RM30,000 telah diberi kepada si isteri sebagai tanda hadiah sudah memberikan sokongan kepada suaminya sepanjang mereka melayari bahtera perkahwinan.

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi
Gambar sekadar hiasan

Umur 58 tahun menangis keluar cari rumah sewa dengan baki duit RM11K sahaja

Tanpa disedari, dugaan besar melanda setelah suaminya didapati menghabiskan segala baki wang itu ke pusat perjudian. Hanya dalam masa 3 hari, RM519,000 telah ‘dilenjan’ sehingga duit KWSP berkenaan susut kepada RM11,000. Kerana terlampau kecewa dengan konflik berkenaan, si isteri bertindak menghalau lelaki itu keluar dari rumah dan dikhabarkan mereka sudah pun berpisah.

@brofairuschannel

RM519,000 Lebur Dalam Perjudian #motivation

♬ original sound – Bro Fairus Channel – Bro Fairus Channel

Saya dah 4 tahun berhenti…Kerugian RM26 juta…5 tahun tertekan

Melalui ruangan komen, ramai netizen terkejut selain berkongsikan kisah yang seakan sama. Malahan, ada juga bekas pemain judi sendiri yang mengakui kerugian daripada aktiviti haram terbabit cukup memberi tamparan hebat buat mereka.

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi

Kredit : TikTok Bro Fairus Channel

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lenjan KWSP RM519,000 Dalam Masa 3 Hari, Isteri Halau Suami Kemaruk Main Judi

Facebook

Telegram