Jika sebelum ini Imran Bard dilihat sibuk dengan komitmen kerja di Kota Paris, kini dia berada di Indonesia pula namun tidak dapat dipastikan bagi tujuan apa. Tetapi menariknya, seorang TikTokers terkenal di sana telah memuat naik rakaman menyaksikan mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan bersantai di sekitar Bandar Jakarta.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Beliau ini pasti sering muncul di FYP kalian…Imran itu TikTokers Malaysia & lagi main di Jakarta
Walaupun hanya sendirian melepak dengan 4 orang kenalan baru, nampaknya pemuda berusia 21 tahun ini langsung tidak kekok menyesuaikan diri. Malahan menurut empunya video iaitu mahasiswagendut2, mereka semua duduk bersembang sekitar 1 jam setengah di kafe berkenaan sebelum menyambung makan di kedai tepi jalan pula.
Enak banget…Lumayan enak…Tapi porsinya sedikit
Saat mencuba makanan popular Indonesia bersama Gulai Tikungan, Imran turut berseloroh memberikan review dan memuji keenakan hidangan tersebut. Lebih melucukan, dia juga cuba bertutur menggunakan Bahasa Indonesia dan menghabiskan kata-kata dengan trademark ‘Slibaw’ sekali gus mencetuskan ketawa TikTokers yang lain.
@mahasiswagendut2 SLIBAW @imeringue2
International terus connection dia…Go bestie…Alhamdulillah rezeki buat kita ketawa
Menerusi ruangan komen di video yang sudah meraih lebih 800,000 ribu jumlah tontonan berkenaan, ramai terhibur melihat gaya selamba Imran ketika bergaul dengan kenalan baru. Bahkan, ada juga netizen Indonesia yang baru mendapat tahu rupa-rupanya pemuda itu adalah rakyat Malaysia.
Kredit : TikTok mahasiswagendut 2
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
