Cinta Hiburan

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

Sharing is caring!

Setelah sekian lama tidak mendengar perkembangan mengenai pelakon dan pelawak dari kumpulan Sepah iaitu Mamat, semalam kita dikejutkan dengan berita pernikahannya bersama wanita pilihan hatinya yang merupakan seorang anggota polis. Berita gembira itu dikongsi Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, semalam.

BACA : Bagai Bersanding Dalam Istana, Resepsi Tasha Shilla Angkat Tema Melayu Klasik

Besar amanahnya…

Manis mengenakan busana serba putih, kedua-dua mempelai ini dilihat sangat sepadan. Pelawak berusia 35 tahun ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat. Majlis tersebut berlangsung di rumah keluarganya di Kulai, Johor.


Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

Seperti mimpi saat memanggilmu sebagai ‘suami’

Dalam pada itu, isterinya yang hanya dikenali sebagai Nana turut berkongsi momen indah itu di laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping gambar ketika acara membatalkan air sembahyang. Selain itu, turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar perkahwinan itu berkekalan hingga ke syurga.

 

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

 

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

Nikah lepas 3 kali tangguh

Mengimbau kembali detik perkenalannya dengan wanita berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, bekas anggota kumpulan Sepah itu mengakui tidak menyangka pertemuan tidak sengaja di IPD Shah Alam akhirnya bertukar menjadi serius. Selepas bertunang pada 2018, kedua-duanya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Namun terpaksa ditunda ke bulan berikutnya serta bulan Disember buat kali ketiga. Mamat berkata, rancangan itu terpaksa ditangguhkan sehingga ke 1 Mac gara-gara komitmennya terhadap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis


 

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

Sumber : Instagram mamatsepah, _cik_nana, Astro Awani


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis

Sharing is caring!