Family Hiburan

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Bagi mereka yang bergelar isteri kepada anggota askar, pastinya banyak pengorbanan yang dilalui tatkala berjauhan dengan suami. Itulah situasi yang ditempuh oleh personaliti TV terkenal iaitu Dayah Bakar. Minggu lalu, hos rancangan ‘Borak Kopitiam’ ini telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki walaupun tanpa kehadiran suami di sisi yang sedang bertugas di Australia. Terdahulu, dia juga telah melalui tempoh kehamilan selama 9 bulan sendirian serta bersama ahli keluarga lain.

BACA: Selepas 3 Bulan Bersalin, Akhirnya Dayana Amerda Dedah Wajah Comel Baby Sulung

Apa yang babah suka, ibu turutkan…Dayah dedah nama anak lepas 7 hari bersalin

Menerusi entri terbaru di Instagram, Dayah Bakar telah berkongsi nama anak lelakinya iaitu Achbar Muhammad Fahri bin Muhammad Hanif sambil menjelaskan bahawa ia membawa maksud yang sangat cantik. Nama indah tersebut dipilih sendiri oleh suaminya iaitu Kapten Hanif Hamidi serta turut dipersetujui olehnya selaku ibu. Menurutnya, pengumuman tersebut dilakukan pada hari ketujuh seperti yang dianjurkan dalam agama Islam.

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

 

Nama penuh dengan makna baik…Selamat membesar jadi yang dihormati, terpuji dan dibanggakan

Menjengah ke ruang komen posting berkenaan, rata-rata netizen memuji nama bayi lelaki itu penuh dengan makna yang baik. Selain itu, mereka turut mendoakan Akhbar Muhammad Fahin agar selamat dibesarkan menjadi seorang insan yang dihormati, terpuji dan dibanggakan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Sumber: Instagram dayahbakar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lepas 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Dedah Nama Anak Yang Dipilih Suami Tercinta

Facebook

Telegram