Isu Semasa

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Setiap hari, jumlah rekod bagi jangkitan baru COVID-19 sentiasa menunjukkan peningkatan. Meskipun ia tak bermakna kehidupan seseorang akan berakhir, namun dikhuathiri boleh merebak tanpa disedari. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah menjadi perhatian ramai apabila seluruh ahli keluarganya dijangkiti virus tersebut.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Ibu bapa positif COVID-19

Bermula pada 20 Mac, Norazeean Tahir membuka cerita apabila bapanya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Walaupun pada awalnya disangka cuma masalah uzur, lelaki itu bagaimanapun disahkan positif COVID-19. Selang 3 hari berikut, ibunya pula turut didapati menghidap wabak pandemik berkenaan selaku kontak rapat bapanya.

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Bapa dijemput llahi

Justeru, Norazeean termasuk suami dan anak mereka juga dipanggil untuk melakukan ujian saringan pertama pada 24 Mac. Namun tanpa disangka-sangka, bapanya selaku individu pertama dijangkiti wabak itu dalam keluarga mereka dilapor telah menghembuskan nafas terakhir sekitar awal pagi 25 Mac yang lalu. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, pihak kesihatan kemudiannya memaklumkan hasil keputusan ujian saringan dan kesemua ahli keluarga wanita ini juga didapati positif COVID-19.

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Hanya mampu berdoa akan ada keajaiban

Ujian saringan kali 2 telah dilakukan 29 Mac 2020 setelah dia berada di pusat kesihatan selama tempoh tiga hari. Norazneaan Tahir berkata pada ketika ini, hanya mampu berdoa pada Allah agar memberikan keajaiban dan kesembuhan yang cepat buat mereka sekeluarga. Sehingga kini, status yang menyayat hati berikut telah meraih lebih 200 perkongsian setakat ini.

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Sumber: Facebook Norazeean Tahir

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lepas Bapa Dijemput Ilahi Gara-Gara COVID-19, Kini Ahli Keluarga Pula Positif

Facebook

Telegram