Kesihatan

Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute

Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute

Sharing is caring!

Apabila dianugerahkan bayi perempuan, memang tidak dinafikan golongan ibu sangat teruja untuk ‘menghias’ puteri kesayangan mereka agar sentiaa terlihat comel. Namun begitu, pemakaian baju atau aksesori yang dipilih haruslah sesuai dengan usia agar tidak mengundang masalah di kemudian hari. Bercakap mengenai aksesori bayi, ibu masa kini gemar menindik telinga anak mereka tanpa memikirkan risiko yang boleh terjadi. Walaupun ia kedengaran biasa, pemakaian anting-anting di kalangan bayi tidak wajar dipandang remeh.


BACA : Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask

Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute
Gambar sekadar hiasan

 

Golongan ibu seakan-akan selfish tindik anak konon nak nampak comel

Percaya atau tidak, perdebatan mengenai topik ini bukan lagi perkara baru. Meskipun sudah berkali-kali diingatkan, ada golongan ibu yang seakan-akan mementingkan diri kerana beranggapan anting-anting akan menambahkan lagi kecomelan bayi mereka. Lebih sedih lagi, ada yang menindik telinga anak mereka sejurus bersalin di mana sebenarnya imunisasi bayi masih berada di tahap paling rendah.


Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute
Gambar sekadar hiasan

 

Anting-anting jenis emas adalah paling selamat untuk si kecil

Proses pemasangan anting-anting yang melibatkan penembusan kulit dikhuatiri bakal mendedahkan anak dengan pelbagai jangkitan kuman termasuklah reaksi alahan. Jika melarat, masalah bernanah boleh juga berlaku sekali gus mengundang rasa tidak selesa. Bagi yang tidak tahu, umur paling sesuai untuk memakaikan anak subang adalah ketika dalam lingkungan usia 6 tahun dan ke atas iaitu selepas mereka sudah mendapat vaksinasi lengkap. Melalui laporan The Asian Parent juga, pemakaian anting-anting jenis emas adalah paling selamat untuk si kecil anda.


Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute
Gambar sekadar hiasan
Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Portal The Asian Parent

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini