Lepas Kena Block Sepenuhnya, Usaha Lelaki Gigih Hantar Surat Buat Netizen Kagum

Sahabat merupakan orang yang selalu berada di samping kita tak kira susah mahupun senang. Walau bagaimanapun, dalam persahabatan pasti ada kalanya akan diuji dengan pelbagai jenis cubaan di luar jangkaan. Namun, terpulang pula kepada individu tersebut bagaimana untuk memperbaiki hubungan itu supaya berkekalan seperti seorang pemuda ini yang masih tidak berputus asa walaupun sudah dihiraukan oleh rakannya. 

BACA: Trending Namanya Di Twitter, Pemergian Pemuda Ditangisi Rakan Cetus Rasa Hiba

Dah block semua tempat, masih hantar surat

Advertisement

Kisah itu telah dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitter setelah menerima sepucuk surat pemberian temannya yang sudah lama tidak berhubung. Perempuan tersebut memberi gambaran mereka berdua sudah lama tidak bertegur sapa selepas berlaku perselisihan faham dan lelaki tersebut juga telah disekat daripada berhubung sepenuhnya.

Advertisement

Siap tulis quotes lagi, sekali lukisan

Meskipun begitu, pemuda berkenaan masih mencuba untuk memulihkan keadaan dengan mengutuskan surat yang ditulis sendiri. Bukan sahaja mengandungi tutur kata lembut, tetapi lelaki dikenali sebagai Jamal itu juga dilihat melakar beberapa lukisan kecil di atas helaian surat yang telah diberikan kepadanya. 

Advertisement

Effort is everything. Tolong terima balik

Usaha yang telah ditunjukkan lelaki itu bagaimanapun dipuji oleh netizen apabila telah menunjukkan kesungguhannya dalam memujuk kembali gadis tersebut. Malah ramai yang memintanya mempertimbangkan kembali keputusannya sebelum ini. 

Advertisement

Sumber: Twitter Lu 

 

Advertisement

Apa Komen Anda?