Cinta Family

Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

Sharing is caring!

Jodoh, ajal dan pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Sebagai seorang hamba-Nya, tiada apa yang dapat dilakukan selain berserah dan menerima takdir dengan hati ikhlas dan reda. Tiada siapa dapat menyangka bila, di mana, dan bagaimana kita akan pergi bertemu Ilahi nanti. Samalah seperti kisah sepasang suami isteri ini yang sama-sama menghembuskan nafas terakhir di Madinah sewaktu menunaikan ibadah umrah selang dua hari sahaja. 

BACA: Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik

Pergi selang dua hari sahaja

Kisah berkenaan telah dikongsikan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat mereka, Amin di laman Facebook. Ismail Latif (66) disahkan pergi pada 23 Disember lalu selepas 5 hari mengalami demam panas manakala isterinya, Rohani Dollah (60) turut ‘pergi’ 2 hari kemudian iaitu pada 25 Disember. Malah, mereka sepatutnya dijangka tiba di tanah air hari ini selepas mengerjakan ibadah umrah lebih seminggu yang lalu. Jasad keduanya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.  


 

Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

 

Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

Rapat seperti belangkas, ke mana sahaja berdua

Menurut artikel Berita Harian pula, anak-anak mengatakan ibu bapa mereka sangat rapat dan sering ke mana sahaja berduaan seperti baru berkahwin. Jelasnya lagi, si ibu dikatakan lemah dan kehilangan selera makan menyebabkan high blood pressure sejurus kehilangan suami di hari lahirnya. Mereka bagaimanapun reda dengan pemergian keduanya di tanah suci walaupun masih terkejut.


Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

 

Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

Sumber: Facebook Amin dan Facebook Berita Harian

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!