Viral Inspirasi

Lepas Viral Kasut RM16K, Cik Epal Bercuti Habis RM40K Untuk Tiket Flight Sahaja

Lepas Viral Kasut RM16K, Cik Epal Bercuti Habis RM40K Untuk Tiket Flight Sahaja

Beberapa hari lalu, perkongsian Cik Epal tentang pembelian kasut berjenama mewah bernilai RM16,200 berjaya menarik perhatian ramai. Meskipun masih ada ‘mak cik bawang’ yang terkadang sering memberikan kecaman, blogger terkenal ini langsung tidak ambil peduli mulut orang malah tenang menjalani kehidupannya seperti biasa. Paling penting menurutnya, dia viral bukan disebabkan perkara tidak elok.


BACA :ย [VIDEO] Kek Tempahan Mahal Tapi Buruk, Wanita Terus Emo Monyok Sambut Birthday

Aku lebih rela cucuk vaksin 26 dos daripada buat RT-PCR

Baru-baru ini pula, Cik Epal dan suaminya, En Jofliam sekali lagi berkongsikan tentang aktiviti mereka pergi bercuti ke luar negara dengan anak-anak. Sebelum ini melalui TikTok, dia sempat memuat naik rakaman menjalani saringan Covid-19 namun lokasi sebenar destinasi pelancongannya masih belum diberitahu.


@cikepal06

Perghh aku lebih rela kena cucuk vaksin doplohnam dos lagi dari buat RT-PCR ni๐Ÿฅด.Siapa pernah buat benda ni? ๐Ÿคฃ #swabtest #covid19 #rtpcr #rtpcrtest

โ™ฌ Dj BonBon Remix – ๐™๐™๐™–๐™–๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉแดบแต€แต€แญ„๐™ฟ๐š๐™ธ๐™ณ๐™ด

Harga tiket business class RM40,000 untuk 1 keluarga aku…Murah ke mahal?

Melalui tinjauan ke Instagram Cik Epal lagi, dia mendedahkan kos bayaran tiket penerbangan keluarga kecil ini difahamkan menelan angka RM40,000. Lihat sahajalah keluasan tempat duduk dan service yang disediakan, sememangnya ibarat bertaraf 5 bintang.


Sebenarnya ni bukan negara yang patut aku pergi…Adakah aku orang pertama dari Malaysia yang sampai Itali?

Sempat menaiki kapal terbang dengan kerusi business class, siapa sangka negara asal yang bakal dikunjungi mereka sekeluarga tidak membenarkan rakyat Malaysia masuk. Ini sekali gus memaksa pasangan influencer tersebut menukar percancangan lalu ‘singgah’ makan angin di Milan terlebih dahulu.

Lepas Viral Kasut RM16K, Cik Epal Bercuti Habis RM40K Untuk Tiket Flight Sahaja

Sumber : TikTok Cik Epal & Instagram Cik Epal

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lepas Viral Kasut RM16K, Cik Epal Bercuti Habis RM40K Untuk Tiket Flight Sahaja

Facebook

Telegram