Orang Kata Lepasan Master Susah Dapat Kerja, Jangan Risau Allah Dah Aturkan

Sejurus selepas berjaya mendapatkan segulung ijazah, setiap individu pasti sudah ada perancangannya yang tersediri. Mungkin ada yang mahu sambung belajar kembali ke peringkat yang lebih tinggi, dan mungkin juga ada yang mahu untuk terus mendapatkan pekerjaan. Walau bagaimanapun, kita sering mendengar lepasan Master pun sukar untuk mendapatkan sebuah pekerjaan zaman sekarang ini. Benarkah?

BACA: Berkali Tukar Tempat Belajar & Tangguh Semester, Akhirnya Berjaya Raih Ijazah

Rezeki ni bukan pada sijil. Tapi pada tangan Tuhan

Advertisement

Menerusi satu perkongsian oleh seorang gadis bernama Qistina di Twitter, dia merasa terpanggil untuk memberi sokongan serta nasihat kepada rakan yang berhasrat untuk kembali menyambung pelajaran. Hal ini kerana ramai yang berubah fikiran kerana bimbang susah untuk diterima bekerja. 

Takde experience? Cuba jadi research assistant (RA)

Advertisement

Kata gadis ini, setiap orang perlu tetap dengan pendirian masing-masing dan jangan mudah terikut cara orang lain. Setiap orang berbeza langkahnya. Seeloknya juga, sambil meneruskan pengajian Master, cuba untuk isi masa lapang dengan mencari pengalaman sebagai tutor atau bekerja secara freelance sambil meneruskan Master.

 

Advertisement

Orang habis SPM pun susah dapat kerja. Yang ada degree pon sama

Apa yang penting terletak pada diri sendiri. Selain dari berdisiplin dengan komitmen sebagai seorang pelajar Master, individu itu juga seharusnya yakin dengan diri sendiri memandangkan urusan mencari pekerjaan bukanlah mudah, lebih-lebih lagi dengan lambakan graduan yang ada. 

 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Ada yang sambung belajar for the sake of specialisation

Terkadang, individu yang ingin menyambung secara postgrad bukanlah kerana menginginkan title sijil tersebut namun mereka sudah ada hala tuju yang tersendiri untuk menjadi pakar dalam bidang-bidang tertentu. 

Advertisement

Dalam apa pun, kita cuba buat yang terbaik

Akhirnya semua bergantung kepada usaha sendiri. Tetapkan matlamat apa yang hendak dicapai sebelum betul-betul bertindak. Selain itu juga, setiap pelajar seeloknya kerap lakukan research mengenai bidang yang diceburi agar nampak lebih jelas jalan yang perlu diambil.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter Qistina Azlan

Advertisement

Apa Komen Anda?