“Lepasan Politeknik Tak Boleh Masuk IPTA”- Budak Ini Dikecam Beri Fakta Salah!

Bagi pelajar lepasan SPM yang berniat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mereka boleh membuat rujukan tentang pelbagai laluan pendidikan menerusi pelbagai medium. Namun pihak yang memberikan maklumat juga wajar memberikan informasi tepat. Jika tidak, akan timbul pula salah faham seperti yang dialami seorang remaja lelaki baru-baru ini. Melalui sebuah temubual oleh Team Remaja itu, dia telah mendakwa lepasan Politeknik tidak boleh menyambung pelajaran ke IPTA.

Baca : Meraung Wei-Nak SPM Hilang Ibu, Kisah Pelajar Daif 10A SPM Buat Netizen Sebak

Video temubual itu mula dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang tidak berpuas hati dengan kenyataan remaja yang tersebut.

Ada sesiapa kenal budak baju biru ni…

Menurut remaja lelaki berbaju biru tersebut, pelajar lepasan SPM tidak digalakkan menyambung pelajaran ke peringkat Politeknik. Kononnya, lepasan Politeknik tidak boleh menyambung pelajaran ke IPTA melainkan meneruskan peringkat ijazah di Politeknik yang sama.

Keralatan dirinya menyampaikan informasi melalut telah membangkitkan kemarahan ramai khususnya lepasan Politeknik sendiri.

Lain kali baca buku…Emo aku eh

Ramai je budak poli sambung degree kat U…Salah sorangnya aku

Sedar bahawa ada kesilapan dalam temubual tersebut, pihak produksi Remaja telah memadamkan video asal dan tampil memberikan penjelasan.

Dia secara sukarela ingin betulkan kenyataan…

Direkod tanpa skrip…Pendapat dilontarkan secara spontan

Akan lebih berhati-hati dalam proses penyuntingan…

Sumber : Twitter Jan dan Portal Remaja

Apa Komen Anda?