Viral

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

Setiap bunyi tangisan bayi adalah berbeza-beza dan boleh menjadi isyarat kepada sesuatu benda yang dikehendaki mereka. Ini termasuklah menangis kerana lapar susu, sedang mengalami kembung perut atau mungkin rasa mengantuk dan mahu tidur. Bagi memahami setiap kemahuan itu, ada buku parenting khas yang ditulis pakar kanak-kanak dan boleh menjadi rujukan golongan ibu bapa.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

POV : Bila kau dapat tahu kau rupanya ada rambut & tangan pada hari yang sama

Akan tetapi bagi seorang wanita ini, dia sempat merakamkan detik lucu ketika bayinya didapati tiba-tiba menangis. Disangka berlaku apa-apa, rupanya si kecil itu meragam gara-gara rambutnya telah dicengkam oleh ‘seseorang’ dengan kuat.

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

Kasihan anak perempuan saya…Jadi bayi ni susah, kan?

Akan tetapi, ‘seseorang’ yang dimaksudkan sebenarnya bayi itu sendiri. Tatkala si ibu cuba meleraikan genggaman jari yang cukup kuat daripada rambut, anaknya menangis dengan lebih nyaring gara-gara merasa tidak selesa.

@the.nkunims

My poor girl, being a baby is so hard. (Disclaimer: she was all smiles again after she let go and got some kisses from mama) #newbornlife #babiesoftiktok #babyproblems

♬ Funny Song – Cavendish Music

Apa yang budak ni nangiskan tu mesti benda mustahak…Anak aku umur 3 bulan dengar terus dia nangis juga

Meraih lebih 6 juta tontonan sejak tular sehari lalu, rata-rata netizen merasa terhibur melihat ‘drama’ yang dilakukan oleh bayi comel tersebut. Selain berkongsikan cerita sama, ramai juga mencadangkan kepada ibu ini penggunaan sarung tangan (mitten) agar situasi itu tidak berlaku lagi.

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

Kredit : TikTok the nkunims

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Lepaskan, Lepaskan”-Bayi Kuat Drama Nangis Teruk Sebab Cengkam Rambut Sendiri

Facebook

Telegram