Liat Bangun Bukan Pemalas, Tapi Wanita Perlu Tidur Lama Dari Lelaki – Kajian

Perasan tak bila setiap kali hujung minggu tiba, para ibu atau isteri akan liat sedikit untuk bangun pagi jika dibandingkan daripada hari-hari yang lain? Hakikatnya, kebanyakkan mereka tidak mempunyai tempoh rehat yang cukup kerana terlampau sibuk menguruskan hal rumah tangga selain tugasan di tempat kerja. Waktu itu sahajalah yang membolehkan mereka berehat lama selepas seminggu melakukan bermacam kerja.

BACA: [VIDEO] Taknak Kacau Bini Tidur, Ini Yang Jadi Bila Hairul Azreen Masuk Dapur!

Gambar sekadar hiasan

Mungkin ada sesetengah lelaki di luar sana tidak faham mengapa perkara ini berlaku, sehingga ada yang menganggap wanita sebagai pemalas. Namun faktanya, golongan wanita perlu tidur sekurang-kurang 20 minit lebih lama daripada lelaki kerana otak mereka lebih sibuk dan selalu multi-tasking.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Profesor Jim Horne, pengarah Sleep Research Center dari Loughborough University, wanita perlu lebih banyak masa untuk berehat kerana daya fikiran mereka lebih kompleks daripada lelaki.

Semakin sering otak digunakan…akibatnya perlu lebih tidur untuk pulih

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, profesor psikiatri dari Duke Medical Center, Edward Suarez pula memaklumkan tempoh tidur tidak cukup adalah tidak bagus untuk wanita. Mereka akan berpotensi untuk mengalami masalah psikologi dan masalah kesihatan yang sangat serius.

Kurang tidur boleh tingkatkan rasa murung & marah

Gambar sekadar hiasan

Sumber: The Asian Parent

Apa Komen Anda?