Antarabangsa Viral

Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Sharing is caring!

Selain penjarakan sosial, pihak pengurusan mall pasti akan mencari jalan penyelesaian untuk menjaga keselamatan dan keselesaan para pengunjung ketika membeli belah. Siapa sangka di Indonesia, sebuah pusat membeli belah menggunakan teknologi canggih dan mengagumkan dalam mematuhi standard of procedure (SOP) pencegahan wabak COVID-19.

BACA: Niat Nak Raya Dekat Mall, Tak Sangka ‘Terciduk’ Bila Kena Terjah Dengan Media

SOP baru akan mula pada 15 Jun nanti

Baru-baru ini tular sebuah video dikongsi oleh pengguna Twitter bernama Dante menampilkan protokol kesihatan baru yang bakal diamalkan kepada pengunjung mall Senayan City di Jakarta. Menerusi rakaman itu,SOP baru ini bakal dilaksanakan pada 15 Jun nanti.


Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Kena lalu bilik semburan pembasmi kuman dan guna hand sanitizer secara touchless

Kelengkapan canggih itu bermula daripada pintu masuk di mana para pengunjung perlu melalui bilik semburan pembasmi kuman sebelum memasuki pusat membeli-belah tersebut. Seterusnya, mereka perlu melalui alat pengukur suhu dan membersihkan tangan menggunakan touchless hand sanitizer.

Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Basmi kuman menggunakan mesin khas pada sudu dan garfu

Selain itu, sistem lif yang digunakan juga adalah touchless dan para pengunjung hanya perlu melambaikan tangan pada sensor sahaja. Pelekat penjarakan sosial turut ditampal pada lantai lif dan meja makan sebagai panduan. Sebelum menjamu selera, pengunjung mall tersebut perlu menggunakan mesin khas untuk membasmi kuman pada sudu dan garfu.


Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Sumber: Twitter Dante


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!