“Lihat Orang Main Najis Sendiri”- Zynakal Dedah Detik Hitam Semasa Dirawat

Umum sedia maklum sebelum ini kecoh di media sosial, penyanyi baru Zynakal ditahan pihak berkuasa kerana telah bertindak mencekik sebuah pekerja stesen minyak di Ampang, Selangor. Sebelum itu dia juga sempat bertindak aneh dengan memuat naik status di Instagram meluahkan rasa marah dan menghentam beberapa individu dengan kata-kata kesat. Susulan insiden itu, penyanyi tersebut telah dibawa ke pusat rawatan dan terpaksa ditahan di bahagian psikiatri selama sebulan. 

BACA: [VIDEO] Sayu! Artis Lelaki Ini Kehilangan Anaknya Lepas 4 Hari Bergelar Babah

Sah ada masalah gangguan mental

Pemuda tersebut akhirnya disahkan menghidap bipolar mania. Kompilasi tersebut adalah masalah kesihatan yang melibatkan mental dimana emosi seseorang itu akan berubah-ubah tidak mengira waktu. Setelah sebulan menyepi untuk menerima rawatan, kini dia kembali.

 

Dua tiga pagi main najis sendiri, makan ubat gigi (Minit 6:00)

Himpunan tekanan yang terpaksa dilalui membuatkan dirinya tidak berjaya melawan emosi. Pengalamannya mendapatkan rawatan psikiatri selama 30 hari membuka matanya untuk bersyukur kerana tidak sampai ke tahap yang lebih teruk. Pemuda tersebut berkata bahkan dia pernah melihat penghuni di situ bermain dengan najis sendiri hingga ke dua pagi serta berjalan tanpa pakaian.

Saya sorang, mak saya ni jenis strong discipline

Menerusi temubual yang diadakan bersama wartawan hiburan itu, Zynakal juga sempat menceritakan kisah silamnya yang mendorong kepada tekanan emosi. Katanya, memandangkan dia merupakan anak tunggal dan hanya tinggal berdua dengan ibunya yang tegas, dirinya kerap merasa tertekan. Pemuda tersebut mengakui merasa terkongkong dan sunyi dengan situasi tersebut. 

Kena fikir balik saya siapa, apa jalan saya

Memandangkan dirinya masih lagi di bawah pemantauan doktor, dia cuba untuk berfikir secara rasional setiap kali ingin membuat sesuatu. Ini untuk mengelakkan masalah kesihatannya berulang lagi.

Sumber: Facebook Mstar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?