Lirik ‘Kontroversi’ Drama Band Raih Lagu Terbaik Semi Final Muzik Muzik 34

Semalam telah berlangsungnya konsert pembukaan bagi Semi Final Muzik-Muzik ke 34 bagi minggu yang pertama. 11 lagu dipersembahkan oleh barisan penyanyi yang telah berjaya mara ke peringkat tersebut. Wajah-wajah artis baru turut kelihatan bersaing dalam pertandingan muzik tersebut bersama penyanyi yang lebih senior. Dalam pada itu, persaingan sengit antara kesemua peserta telah menyaksikan lagu kumpulan Drama Band diangkat sebagai lagu terbaik.

BACA: [VIDEO] Menangis Isteri Dia- Ada Bakat Unik, Apex Digelar Penyeri Mentor 2019

Advertisement

Lirik penuh kontroversi dinobat lagu terbaik

Lagu bertajuk ‘Drama’ berkenaan pernah menjadi kontroversi di awal kemunculannya dek kerana lirik serta muzik video yang dianggap menyindir selebriti-selebriti lain. Ia semakin mendapat perhatian apabila netizen seakan-akan perasan mereka memerli isu berkaitan penarikan semula takhta Dewi Remaja, masalah di kalangan penyanyi muda, membuat gimik sebelum melancarkan lagu baru serta artis lelaki yang tak habis-habis bermain kayu 3.

Advertisement

Masih berbaki 19 lagu untuk dipertandingkan

Menerusi laporan Harian Metro juga, vokalis kumpulan tersebut iaitu Epul Roza nyata terkejut dengan kemenangan yang diperolehi memandangkan saingan agak sengit dan mereka pun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi. Walaupun dinobat sebagai lagu terbaik semalam, namun itu tidak menjanjikan mereka terus mara ke pentas akhir kerana masih berbaki 19 buah lagu lagi untuk dipertandingkan pada minggu seterusnya.

Advertisement

Tepat ramalan aku , lagu drama lagu paling kuat

Rata-rata netizen kagum dengan persembahan yang disajikan oleh kumpulan tersebut walaupun dalam peringkat separuh akhir. Mereka turut memuji suara yang telah dilontarkan oleh vokalis utama band berkenaan. Kemenangan tersebut juga dianggap sebagai menepati ramalan peminat yang menonton semalam. 

Advertisement

 

Sumber: Facebook Harian Metro dan Youtube TV9 Malaysia Official

Advertisement

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?