Di sebalik rancangan ‘Wanita Hari Ini’ (WHI) yang selalu membincangkan mengenai isu kemasyarakatan dan kekeluargaan dalam format penyampaian formal, penularan banyak video belakang tabir nampaknya sedikit sebanyak telah mengubah persepsi ramai. Khususnya kepada bloopers lawak melibatkan gelagat para pengacara sendiri.
BACA : “Eh Allahuakhbar”-Berkecah Live WHI, Fahrin Tak Sengaja On Blender Tanpa Tutup
Bersama dengan Fiza Sabjahan, silakan Fiza…Act fool, act fool
Dalam sebuah lagi video yang dikongsikan oleh TikToh WHI, sekali lagi kita dapat melihat insiden kelakar berlaku kepada pasangan host, Fahrin Ahmad dan juga Fiza Sabjahan. Ketika itu, mereka dilihat sedang bersiaran langsung di dua lokasi berbeza. Fahrin berada di Studio B. Sri Pentas, manakala Fiza pula di sebuah hotel bertempat di Damansara.
Kadang-kadang apa yang kita rancang tu tak menjadi
Namun saat Fahrin sudah memberikan laluan untuk Fiza membuat liputan, pihak di sana mungkin tidak perasan kamera mereka sudah terpampang live di kaca televisyen. Pengacara wanita itu terlihat berada dalam keadaan bersedia, tetapi 2 orang kru tatarian sedang melakukan kemasan terakhir kepada rambut Fiza.
@whitv3malaysia_official nasib lah Fahrin tak tersembur masa live #whitv3 #tv3malaysia #gelak #fypã‚·
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Okey la asyik tengok pengacara je, orang pun nak tengok tukang tacap…WHI sekarang lawak
Melalui ruangan komen, ramai yang akui sangat terhibur dengan rakaman pendek itu. Walaupun ada yang tidak minat kepada rancangan WHI sebelum ini, mereka menjadi tertarik untuk menontonnya dek hal-hal lawak seperti ini.
Kredit : TikTok WHITV3Malaysia
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
