Antarabangsa Hiburan Viral

Live Dengan Gadis Melayu, Lelaki Indonesia Terkejut Plot Twist Menjanda 2 Kali

Live Dengan Gadis Melayu, Lelaki Indonesia Terkejut Plot Twist Menjanda 2 Kali

Dijandakan sekali pun sudah cukup menyakitkan hati, apalagi jika ia berlaku untuk kali kedua. Pahit untuk diterima, namun begitulah dugaan yang dihadapi oleh gadis Melayu bernama Fara Shaari ini. Perkara itu didedahkan menerusi sebuah sesi live bersama TikTokers terkenal Indonesia iaitu Lendra Cikicow.

BACA : Pura-Pura Letak Gam Gajah, Duda Gila Talak Potong Kunci Mangga Rumah Jandanya

Lelaki saya pergi dekat perempuan lain…Jahet itu suamimu…Jahet banget

Video live di antara orang Malaysia dan Indonesia berkenaan cukup menarik perhatian ramai, tambahan pula apabila Lendra gigih untuk berbahasa Melayu dengan cara menambahkan huruf ‘E’ pada hujung ayat. Di kesempatan itu, Fara yang nampak ceria menceritakan tentang perkahwinannya yang tamat akibat perselingkuhan si suami. Di saat Lendra cuba memberikan semangat, dia tertawa mendengar luahan Fara yang rupa-rupanya sudah menjanda 2 kali.

@lendra.cikicow

PLOT TWIST GAK SIH

♬ Happy Up Beat (Medium) – TimTaj

Nanti kau juga akan bahagia…Kalau nak jodoh, kamu harus bisa jadi orang yang baik

Tidak cukup dengan itu, ibu 2 anak tersebut membuatkan Lendra terkejut sekali lagi kerana salah satu bekas suaminya dikatakan mempunyai skandal dengan pasangan ‘sejenis’. Walaupun perbualan mereka berdua penuh dengan gelak ketawa, sedikit sebanyak kisah berkenaan membuatkan ramai netizen sedih.

@lendra.cikicow

Balas @punyanyaabanggg @fara_shaari SABER!!!

♬ dance(256762) – TimTaj

Adik ni dalam gelak pun macam sedih tengok dia…Cantik & muda lagi, moga juga someone better

Ibarat cuba menyembunyikan kesedihan di balik ketawa, netizen turut mendoakan semoga Fara menemukan pengganti terbaik suatu hari nanti. Selain terhibur dengan cara bercakap yang agak try hard dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, ada juga yang berpendapat wajah mereka berdua mirip artis tempatan.

Live Dengan Gadis Melayu, Lelaki Indonesia Terkejut Plot Twist Menjanda 2 Kali

Live Dengan Gadis Melayu, Lelaki Indonesia Terkejut Plot Twist Menjanda 2 Kali Live Dengan Gadis Melayu, Lelaki Indonesia Terkejut Plot Twist Menjanda 2 Kali

 

Kredit : TikTok lendra cikitow

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Live Dengan Gadis Melayu, Lelaki Indonesia Terkejut Plot Twist Menjanda 2 Kali

Facebook

Telegram

Kasut