Semalam, individu yang dikenali sebagai Saidatina Aida Binti Sahabudin terbabit bersama 11 OKT lain sedang menaiki lori polis yang diiringi anggota bertugas untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dari mahkamah daerah tersebut. Dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC warna hitam dari belakang dan terus berhenti mengejut pada wanita OKT tersebut.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Lompat naik motor walaupun tangan masih bergari…polis cuba kejar tapi gagal tahan 2 suspek
Tak semena-mena, wanita yang tangannya masih bergari terbabit terus melompat ke atas motosikal berkenaan sebelum meluru laju keluar dari pekarangan mahkamah. Difahamkan sewaktu insiden, anggota polis telah cuba mengejar mereka, namun gagal dan terjatuh hingga cedera di tapak tangan. Butiran 2 suspek terbabit adalah seperti berikut; Saidatina Aida Sahabudin, 23 dari Kampung Ulu Lepar Dong, Raub dan Mohamad Rejab Ali, 22 dari Kampung Pulau Kabong Budu, Benta.
Usaha mencari dipergiat…individu yang ada maklumat atau ternampak boleh salurkan maklumat kepada polis
Kini usaha mengesan kedua-dua suspek masih dipergiatkan termasuklah membuat hebahan di daerah berdekatan. Dalam pada itu kenalan suspek atau orang ramai yang ternampak mereka diharapkan tidak bersubahat, sebaliknya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Sumber: Sinar Harian & Info Roadblock JPJ/POLIS
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
