Dalam melayari alam perkahwinan, sudah semestinya golongan suri rumahlah yang paling sibuk menguruskan hal rumah tangga. Walaupun ada segelintir beranggapan pekerjaan mereka tidaklah begitu rumit, namun hakikatnya tiada siapa yang tahu. Malah, para isteri sebenarnya mudah alami tekanan jika terlalu penat mengurus anak-anak tanpa bantuan suami di sisi.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Saya tak menyesal ada anak, tapi rasa macam rindu zaman bujang saya
Sama jugalah kisah yang dikongsikan oleh buletinfm di laman TikTok mengenai luahan seorang insan bergelar ibu. Berdasarkan video di laman TikTok, mereka telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyatakan rasa penat untuk handle anak-anak seorang diri. Ditambah pula dengan lokasi pekerjaan suami yang jauh, dia akui tertekan dan berharap cahaya matanya tidak wujud sehingga mengejutkan DJ radio berkenaan.
Ada banyak waktu bila diorang meragam tu buat saya stress dan tak mampu nak hadap
Biarpun pernah lembut hati melihat telatah anak yang seakan-akan memujuk, namun tekanannya masih tidak dapat diubati. Lebih-lebih lagi ketika mereka mula meragam, wanita tersebut akui mula stress untuk hadap perkara berkenaan. Dia juga mengaku pada awalnya merancang untuk ‘berehat’ selama 2 tahun selepas berkahwin, namun tidak menyangka dikurniakan rezeki itu dalam masa yang singkat.
@buletinfm “Rasa macam kalau takde lebih baik” – Luahan hati Puan Nurul.Hmmm. Anak itu rezeki tapi mungkin puan Nurul ada sebabnya. Doakan yang baik-baik 🤲🏻#nurul #puannurul #anakrezekiallah
Dengar suara pun dah tahu dia stress…dia perlu sokongan sebab penat handle semua benda seorang diri
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati mendengar luahan berkenaan. Malah, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat selain berharap ada seseorang mampu memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut.
Kredit: TikTok buletinfm
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
