“Luar Tutup, Tapi Kerja Terpaksa Dedah Aurat” – Kisah Pramugari Ini Cetus Sebak

Seringkali berada di lapangan terbang ataupun ketika berada di dalam pesawat, mereka yang bergelar pramugari sentiasa memberikan layanan mesra dan tak pernah lekang daripada senyuman. Mana taknya, mereka ini bukan calang-calang kerana perlu mengharungi sesi interview serta latihan yang agak mencabar sebelum layak bertugas di awan biru. Namun itu cumalah pandangan masyarakat kerana tiada siapa tahu apa yang terbuku dalam hati setiap daripada mereka.

BACA: Dari Guru Sandaran Jadi Pramugari.. Kisah Gadis Melanau Ini Jadi Tumpuan di FB

Gambar sekadar hiasan

Kisah pramugari bertudung cantik..

Menerusi posting di Facebook milik pendakwah, Ustazah Asma’ Harun baru-baru ini, dia berkongsi sebuah kisah menyayat hati mengenai luahan seorang pramugari yang pernah ditemuinya. Awalnya, wanita itu dipuji oleh Ustazah Asma’ kerana berpakaian sangat sopan sehinggalah dia membuka cerita dengan nada yang agak hiba.

Rasa malu & berdosa kerja pakai skirt ketat…rambut terbuka

Gambar sekadar hiasan

Sedih bila penghalang utama adalah orang kita sendiri..

Dedah pramugari itu lagi, dia pernah mencadangkan konsep pakaian patuh syariah kepada pihak atasan beberapa kali namun ianya tetap ditolak. Apabila ditanya sebab tidak menukar kerjayanya pula, dia khuatir nanti tiada pihak yang mahu melakukan perjuangan sama. Ustazah Asma’ turut menyatakan perasaan kagum terhadapnya apabila mampu menyebut kembali beberapa isi ceramahnya sebelum ini.

Selalu dengar ceramah ustazah sambil kerja…sampaikan pada kawan-kawan

Gambar sekadar hiasan

Kagum & malu dengan dia…berjuang cegah kemungkaran di lapangan sebenar

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Ustazah Asma’ Harun

Apa Komen Anda?