Luaran Nampak Happy Tapi Dugaan Bertubi, DS Aliff Syukri Minta Maaf Pada Isteri

Siapa saja tidak mengenali figura hebat ini? Dato’ Sri Aliff Syukri yang sentiasa menjadi bualan netizen dengan setiap inci perkongsian kehidupan serba mewahnya sebagai seorang usahawan terkenal. Terbaru, lelaki tersebut telah memuat naik satu posting memaklumkan isteri kesayangannya, Datin Sri Nur Shahida sedang menanti detik-detik melahirkan cahaya mata mereka yang kelima. Sepanjang proses tersebut sempat juga dirinya memohon kemaafan kepada wanita berkenaan. 

BACA: Laki Aku Nangis Tepi Katil Time Aku Beranak, Dia Insaf Bila Tengok

Advertisement

Teman isteri bersalin buat diri insaf

Video tersebut telah dimuat naik ke akaun Instagram miliknya. Menemani si isteri berjam-jam lamanya untuk meneruskan proses kelahiran membuatkan dirinya terpanggil untuk meluahkan rasa yang sering dilalui oleh para suami dalam situasi ini. Setelah empat kali mempunyai pengalaman yang sama, dia akui egonya sebagai seorang lelaki hilang dan mula muncul perasaan bersalah melihatkan wanita itu melawan pahit getir demi melahirkan seorang zuriat buatnya. 

Advertisement
View this post on Instagram

. . Wife abang nampak happy tapi sebenarnya dia sedang menahan kesakitan yang lebih sakit daripada nak mati dan abg menyempat rakam utk youtube abg.. Sebenarnya wife abg akan beranak pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doctor cakap emergency kena branak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri yang akan bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat abang.. Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.. Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak memang…. Sebab tu hari ini abang nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, sayann saya @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak 🙏🏻🙏🏻 Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya .. Berbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. Hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. Tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy sampai mati syg❤️❤️ kalau tengok dugaan wanita yang ingin malahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri.. sbb tu abg x malu nak mintak maaf .. Abg harap kami punya jodoh panjang sampai ke mati…. sbb tak sanggup nak tngok dia sakit.. Doakan wife abg selamat dan mudah melahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai petang.. . . (Untuk melihat video penuh abang akan posting dekat YouTube 08:00 malam ini di YouTube tv Telajak laris jangan lupa tonton) Macam mana lagu terbaru #harumansyurga sedap tak??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Advertisement

Rumah tangga pernah diuji beberapa kali

Susulan itu, usahawan tersebut dilihat meminta maaf kepada isterinya atas kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Malah, dirinya juga mengakui rumah tangga yang dibina tidak selalunya indah tetapi pernah diuji beberapa kali sebelum ini. Meskipun begitu, Aliff Syukri tetap yakin wanita berkenaan adalah pemberian serta jodoh yang terbaik untuknya daripada Allah S.W.T. 

Advertisement

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Advertisement

Apa Komen Anda?