Isu Semasa

[VIDEO] Terlupa Cabut Vape Di Leher, Shaheizy Sam Akui Nervous Punca Cuai

[VIDEO] Terlupa Cabut Vape Di Leher, Shaheizy Sam Akui Nervous Punca Cuai

Tidak berkompromi soal keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 malam tadi telah mencipta sejarah tersendiri apabila disiarkan dengan penerapan norma baharu. Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dilaksanakan.


BACA: Selalu Lebihkan Ibu, Rakan Artis Puji Haqiem Rusli Layak Dinobat ABPBH 2020

Gara-gara gantung vape di leher semasa sampaikan anugerah…Shaheizy Sam dapat kritikan hebat

Namun begitu, tindakan pelakon Shahiezy Sam yang dilihat menggantung vape di lehernya ketika menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular malam tadi telah mengundang kontroversi. Malahan, pihak Public Health Malaysia dalam satu perkongsian di Facebook rasmi mereka menyifatkan pelakon ‘Polis Evo’ itu seakan-akan mahu promosikan budaya tersebut kepada masyarakat yang menonton acara anugerah berprestij tersebut.


Sam minta maaf atas kecuaian di ABPBH…terlalu nervous di belakang pentas

Susulan itu, isteri kepada Syatilla Melvin terpanggil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya terhadap masyarakat dan penganjur ABPBH 33. Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad mengakui gugup di backstage yang lengang hingga terlupa untuk tanggalkan vape sebelum keluar ke pentas utama. Hal ini kerana sebelum ini, dia sudah biasa membawa banyak memandangkan bateri cepat habis.


Sumber: FB Public Health Malaysia & IG shaheizy_sam

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Terlupa Cabut Vape Di Leher, Shaheizy Sam Akui Nervous Punca Cuai

Facebook

Telegram