“Maafkan Suamimu Sayang” – Kisah Bapa Hanya Bawa RM20 Ke Mall Ini Undang Sebak!

Walaupun menjadi suri rumah tidaklah bergaji lumayan seperti kerja professional lain, namun kebanyakkan suami biasanya tidak faham mengapa isteri cepat tertekan. Mana tidaknya, dialah yang mengurus rumah, dialah yang jaga kebajikan anak-anak serta suami. Mestilah penat dan stress kalau asyik terperap di rumah sahaja. Sebenarnya nak bahagiakan hati para isteri ini senang saja sebab mereka tak minta banyak pun. Kalau tak percaya ikuti perkongsian oleh lelaki ini.

BACA: Suami Jangan Sembang Nak Poligami Kalau Tak Mampu Buat 5 Benda Ni Dahulu!

Memang sengaja buat2 lupa dalam kocek ada RM20 je..

Menurut bapa bernama Mohd Hairie ini, semalam dia telah membawa keluarga kecilnya ke sebuah mall. Namun begitu, mereka hanya lebih melihat kawasan sekitar kedai atau window shopping sahaja walaupun sudah habis berjalan di pusat beli-belah berkenaan. Rupa-rupanya dia cuma membawa duit sebanyak RM20 sahaja masa itu!

Nampak gempak, sebenarnya tengah tahan sebak…maafkan suamimu sayang

Beli jiwa keluarga tak perlu modal besar…cukup beri perhatian & masa bersama

Meskipun belum dapat memenuhi barangan yang mungkin dihajati oleh isterinya, namun Hairie tetap bersyukur kerana suri hatinya itu sangat memahami situasi dan keadaannya sekarang. Malah dia turut menasihati para suami di luar sana agar meluangkan masa bersama anak isteri, walaupun sekadar berjalan dan tidak singgah mana-mana kedai. 

Perempuan kalau selami jiwa dia akan faham suami takde duit…tak pernah mendesak

Ternyata posting mengenai kehidupan keluarga kecil tapi bahagia lelaki ini telah mendapat perhatian ramai netizen, sehinggakan meraih lebih 5 ribu jumlah perkongsian di Facebook setakat ini. Rata-rata mereka menyifatkan itu sebagai pengorbanan terbesar yang diberikan kepada keluarganya walaupun cuma nampak biasa di mata orang lain. Selain itu, mereka turut menitipkan doa kepada keluarga ini agar sentiasa dilimpahkan rezeki dan kekalkan kasih sayang yang telah terbina ini.

Sumber: FB Mohd Hairie Bakri

Apa Komen Anda?