“Macam Budak Form 5”- Foto Lisa Surihani Dengan Artis Korea Buat Ramai Teruja!

Bersempena dengan National Kindness Week, Lisa Surihani dan juga Siwon Choi telah bertandang ke Sekolah Menengah Tinggi Kajang pada hari ini. Ia merupakan program yang dianjurkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di mana Lisa Surihani merupakan duta bagi negara Malaysia manakala Siwon Choi adalah duta dari Korea Selatan. Kehadiran mereka sudah pastinya memeriahkan lagi program tersebut.

Baca : Ramai Merungut Running Man Makin Hambar, Haha Dedah Realiti Di Sebalik Tabir!

Di Instagram Lisa Surihani, dia ada juga memuat naik foto bersama Siwon Choi dan telah meraih sekitar 32,000 jumlah likes sehingga kini.

Siwon Choi dan saya telah mewakili UNICEF Korea dan Malaysia untuk kempen #standtogether. Kami ingin menggalakkan sikap baik dalam diri dan kepada orang lain. Seronok sangat dapat berjumpa dengan pelajar Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Tahniah di atas ulang tahun kalian yang ke-100 dan untuk idea Guardian Angels. Idea yang sangat ringkas tapi sangat berkesan untuk memberi pada yang memerluk4n. Dalam diri setiap orang ada kebaikan dan ia boleh berkekalan. Biasakanlah perkara baik kerana dunia sangat memerIukannya.

Walaupun berlainan negara, Siwon nampaknya tidak janggal untuk bergaul dengan orang ramai khususnya Lisa Surihani sendiri. Dalam pada itu, ramai juga yang merasa teruja apabila melihat kedua-dua selebriti ini bergambar bersama. Tidak ketinggalan, netizen juga menumpukan perhatian kepada penampilan berhijab Lisa yang nampak macam budak sekolah. Comel betul la!

Macam student jer Lisa…

Jealous la macam ni…Bertuahnya Lisa dapat ambil gambar dengan Siwon

Bestnya…Kita pun nak juga jumpa Siwon

Siwonlah wey! OMG lama dah tak dengar pasal dia

Sumber : Instagram Lisa Surihani

Apa Komen Anda?