Inspirasi

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Sharing is caring!

Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu telah dikuatkuasakan sejak 6 hari yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut, masyarakat Malaysia dilihat sibuk mencungkil bakat sendiri dalam bidang masakan, menghias reka bentuk dalaman rumah dan banyak lagi. Namun berbeza dengan lelaki ini yang meluangkan masa di rumah untuk menghasilkan karya yang cukup epik.

BACA : Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19 

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Projek Perumahan Terbang

Melalui perkongsian Ahmad Fathil Zakaria di laman Facebook miliknya, dia telah mengubah suai sebuah bilik di rumahnya dengan konsep spaceship di angkasa lepas. Menariknya tema makeover yang dinamakan sebagai ‘Projek Perumahan Terbang’ itu cuma dilakukan olehnya seorang diri. Selain itu, dia juga turut menunjukkan step by step proses transformasi itu  yang bermula daripada lakaran lukisan di atas kertas.

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah


Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di RumahMacam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di RumahMacam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Rasa seperti di ruang angkasa lepas

Bagi menghidupkan lagi suasana angkasa lepas, lelaki itu telah memasang beberapa lampu LED di setiap penjuru biliknya. Tambah menarik, kesemua lampu tersebut boleh bertukar kepada pelbagai warna dan ianya juga dikawal dengan alat kawalan jauh.

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah


Dah sampai planet mana tu..

Posting tersebut telah mendapat lebih 40 ribu kali perkongsian setakat ini. Rata-rata mereka kagum dengan bakat yang ada pada Ahmad dalam melakukan transformasi itu. Netizen juga sempat bertanya kepada lelaki tersebut jika dia mengambil upah untuk mengubah suai kediaman mereka.

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Sumber : Facebook Ahmad Fathil Zakaria


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Macam Dekat Planet Lain, Lelaki Upgrade Bilik Masa Kuarantin Di Rumah

Sharing is caring!