“Macam Dia Pula Bos Padahal Sama Level Je” -Senior Kantoi Terima Warning Letter

Tidak dinafikan gejala ditindas rakan sekerja boleh berlaku dalam semua sektor perkerjaan. Pasti ada sahaja konflik dalam kalangan pekerja mahupun majikan yang akan berlaku dalam sesebuah syarikat. Di samping itu, ia bukanlah satu perkara remeh yang boleh diketepikan kerana akan menyumbang kepada tekanan atau stress kepada seseorang individu itu. Pengalaman ditindas rakan sekerja ini turut dikongsi oleh seorang pemuda bernama Ir Abdul Rahman menerusi laman Facebooknya.

BACA : Dibuang Kerja Angkara Tipu MC, Lelaki Tak Putus Diuji Sampai Hilang Keluarga

Macam dia pula bos, padahal sama level je

Rahman yang sebelum ini berkhidmat sebagai seorang kejutera projek di sebuah syarikat kejuteraan mendedahkan bahawa dirinya sering ditindas oleh rakan sekerja. Kongsi lelaki ini, rakan sekerjanya juga merupakan seorang jurutera sepertinya cuma yang membezakan adalah pengalamannya. 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Sambil menyelam minum air, dalam diam ambil kesempatan

Dedah Rahman lagi, perkara itu berlaku sewaktu dia diarah mengikut rakannya itu untuk membuat lawatan tapak. Namun begitu sepanjang lawatan tersebut membuatkan dirinya rasa tertekan dengan sikap suka mengarah dan seniority rakannya itu.

Advertisement

Dah rasa lain macam tapi abaikan dia kan ‘senior 2 bulan’

Akuinya,  dia langsung tidak menyedari akan perkara itu kerana mengganggap ia sebahagian daripada tanggungjawabnya. Namun dek kerana sering menerima arahan yang baginya seolah-olah tidak masuk dek akal membuatkan dirinya tersedar. Tambah Rahman, khimatnya digunakan sewenang-wenangnya untuk manfaat kepada orang lain.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Sepandai-pandai tupai melopat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Namun begitu, malangnya perbuatan senior tersebut bagaimanapun terbongkar selepas salah seorang client melaporkan hal itu kepada majikannya. Rakannya yang merangkap ‘senior 2 bulan’ itu akhirnya diberikan surat amaran. Dalam pada itu, dia sempat menasihati orang agar sentiasa memegang amanah dalam menjalankan tugasan dan elakkan dari menganiayai rakan setugas.

Advertisement

Sumber : Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa

Advertisement

Apa Komen Anda?