“Macam I Ada Degree..” – Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

Pada zaman sekarang ini, golongan wanita tidak dinafikan sangat hebat berdikari, mempunyai taraf pendidikan yang tinggi serta stabil dalam hal ekonomi masing-masing. Mana taknya, ramai sahaja yang memiliki kerjaya bagus, gaji pun tinggi, dan sebagainya. Namun apabila sebut bab hantaran untuk mendirikan rumah tangga, nilai itu selalunya mahu ditentukan mengikut taraf pendidikan atau kelulusan dari universiti tertentu. Pendek kata, lebih tinggi dia belajar, maka akan tinggi jugalah duit hantarannya.

BACA: “Lepasan Politeknik Tak Boleh Masuk IPTA” – Budak Ini Dikecam Beri Fakta Salah!

Gambar sekadar hiasan

Macam I ada degree, mestilah paling kurang pun RM10 – 15 ribu

Konsep sebegitulah yang dibincangkan oleh seorang wanita menerusi sebuah video yang hangat tular di laman Twitter baru-baru ini. Walaupun dia menyatakan tidak kisah dengan nilai hantaran yang mahu diberikan oleh pihak lelaki, namun perkara itu perlulah tetap mengikut taraf pendidikan seseorang wanita yang mahu disunting sebagai seorang isteri.

Namun begitu, rata-rata netizen menyatakan tanda tidak setuju terhadap kenyataan wanita itu di ruangan komen. Menurut mereka, pendapatnya seakan-akan tidak munasabah kerana nilai hantaran sepatutnya perlu dilihat menerusi pelbagai aspek yang ada pada diri seseorang wanita. Antaranya termasuklah dari segi sikap, agama, sahsiah, kemahiran dan banyak lagi.

Hantaran Kahwin Nak Berapa Ribu?

Berikut pula adalah pautan video penuh bagi sesi temubual tersebut yang telah dirakam sekitar bulan Mei yang lalu melibatkan 4 orang wanita. Isu nilai hantaran dibincangkan sekitar minit 2:56 hingga 5:00. Antara perkara lain yang turut ditanya dalam sesi soal jawab dalam video ini adalah keperluan majlis perkahwinan, bilangan busana kahwin serta siapa yang patut tanggung majlis sebelah perempuan.

Sumber: Twitter Ir_syazwan & YouTube Lejen TV

Apa Komen Anda?