Macam Korean, Anak Kembar DS Zizie Izette Curi Tumpuan Lepas Ubah Stail Rambut

Memiliki wajah persis si cilik di Korea Selatan, anak kembar lelaki kepada Datin Seri Zizie Izette sering mencuri tumpuan ramai pengikut di laman media sosial. Berambut kerinting serta sentiasa berpenampilan sedondon pasti membuatkan sesiapa sahaja rasa ‘geram’ melihat kecomelan mereka itu. Baru-baru ini, ibu kepada 5 orang cahaya mata tersebut telah memuat naik style rambut tahun baru anak-anak kembarnya. 

BACA: Anak Perempuan Sudah Tiba  Zizie Izette Lahirkan Anak Dalam Usia 40 Tahun

Advertisement

Style rambut tahun baru

Menerusi posting di laman Instagram Zizie semalam, dia telah berkongsi beberapa foto dan video menarik pose comel Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Katanya, dia telah membuat keputusan untuk mengubah penampilan Aadam serta Aaleph dari berambut panjang sebelumnya kepada rambut yang lebih pendek dan kemas sempena tahun baru ini. 

Advertisement

 

 

Advertisement

I love it..how about you?

Di penghujung kapsyen, Datin Zizie sempat bertanya pendapat dengan pengikutnya tentang hasil penampilan terkini buah hatinya itu. Hal ini kerana dia mengatakan bahawa dirinya sendiri amat berpuas hati dengan rambut baru mereka. Ternyata bahawa gaya gentlemen kembar berusia 2 tahun itu telah meraih perhatian netizen yang mengikuti perkembangan si kecil itu. 

Advertisement

Advertisement

Macam Korean…jejaka rebutan ni

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata memberikan komen yang positif dengan gaya rambut baru anak pelakon tersohor ini. Ramai yang memuji paras rupa mereka kelihatan kacak meskipun imej rambut panjang tak lagi kelihatan. Tidak kurangnya juga ada yang berseloroh mengatakan bahawa kembar popular ini akan menjadi idaman gadis apabila mereka sudah dewasa kelak. 

Advertisement

Sumber: zizieizette

Advertisement

Apa Komen Anda?