Macam Kucing Jadian, Gelagat Luar Biasa Kucing Peliharaan Ini Jadi Tumpuan

Siapa di sini peminat kucing? Melihat gelagat kucing berlari-lari dalam rumah apalagi dapat bergomoI dengan si bulus ini pastilah memberikan satu kepuasan pada peminat kucing. Kebiasaannya, pembela kucing di luar sana gemar memuat naik gambar atau video gelagat kucing comel mereka. Lain pula ceritanya dengan seorang pengguna twitter ini apabila dia merakam gelagat kucing kesayangannya yang mungkin jarang dilihat pada kucing-kucing lain.

Baca: Kena Cakar & Gigit Jadi Punca Lelaki Jerut Kucing, Akhirnya Dipenjara 15 Bulan!

Lelaki tersebut telah memuat naik aksi haiwan peliharaannya itu yang sedang makan tetapi peliknya gelagatnya dalam video berdurasi 19 saat itu sungguh melucukan. Mana tidaknya, kucing itu tidak menggunakan mulut sebaliknya menarik makanan menggunakan tangan seperti manusia. Lelaki ini beranggapan kucing miliknya itu seperti ‘kucing jadian’ yang cuba meniru perbuatan dia selaku pemilik.

Dia minum tak suka pakai bekas

Kucing yang berbulu halus seperti kapas itu begitu selesa mencapai makanan daripada bekas menggunakan tangan selain tuannya turut berkongsikan beberapa video lain yang mengundang lucu di hati pengikut laman sosial. Dalam beberapa kompilasi video kucing kepunyaannya itu, kepintaran si genit meminum air di sinki turut dikongsikan.

Posting  ringkas tersebut juga mendapat komen balas pengikut yang lain. Seorang daripadanya telah memberi pendapat mengenai alasan di sebalik aksi pintar kucing itu manakala netizen yang lain rata-ratanya hanya geram dan terhibur. Tambah riang lagi, netizen juga ada berkongsi beberapa gambar kucing kepunyaan mereka. Posting berbentuk thread tersebut telah mendapat sekitar 16 ribu retweets setakat ini. 

Sumber: Twitter HAN

Apa Komen Anda?