Macam-Macam Ragam Wanita Di Surau Awam, Dah Tegur Masih Buat Tak Faham

Solat adalah merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan buat seluruh umat Islam. Bagi perempuan, mengerjakan solat di tempat awam adalah satu situasi yang mencabar. Lebih-lebih lagi dengan fasiliti yang tidak dapat menampung jumlah jemaah agak ramai pada waktu ‘peak hours‘. Malah kesabaran makin teruja apabila masih ada sesetengah wanita yang tidak mempunyai common sense sewaktu menggunakan tempat awam seperti ini. 

BACA: Penat Hadap Orang Tiada Common Sense, Wanita Tegur Sikap Di Surau Awam

Perempuan dan bermacam-macam ragam

Advertisement

Luahan tersebut telah dikongsikan oleh seorang wanita, Izyan Izdihar Shaarani menerusi akaun Facebook miliknya. Faham dengan situasi setiap kali masuk waktu solat, surau awam di pusat membeli belah pasti akan sesak dengan pengunjung. Walau bagaimanapun wujudnya sikap pentingkan diri sesetengah wanita menyukarkan orang lain untuk beribadah di tempat tersebut. 

 

Advertisement

Isunya disini wujud sesetengah perempuan yang tiada common sense

Antara perkara yang paling mengecewakan adalah sikap perempuan yang menggunakan harta benda milik surau awam seperti kepunyaan sendiri tanpa memberi peluang kepada orang lain. Selain itu, ramai juga terpaksa menunggu giliran agak lama apabila ada yang menggunakan istilah ‘cop’ tempat apabila hendak solat sedangkan diri belum bersedia. Malah ada yang turut mengambil kesempatan untuk membuat aktiviti lain seperti bermekap di ruangan solat sehingga menyukarkan orang lain. 

Advertisement

Dah tahu tak boleh solat, duduklah tempat lain

Bukan itu sahaja, antara ragam yang tak sepatutnya berlaku di kawasan sedemikian adalah sikap menunggu rakan-rakan didalam surau. Mungkin ada sebahagian daripada mereka yang tidak dapat menunaikan solat atas keuzuran, namun ia tidak bermakna tempat tersebut boleh dijadikan sebagai ruangan rehat ataupun menunggu. Sebaiknya bukalah ruang itu untuk orang ramai melakukan perkara yang lebih wajib. Menjadi tanggungjawab juga apabila menggunakan fasiliti awam untuk menjaga kebersihan tempat berkenaan dengan tidak membuang sampah merata-rata. 

Advertisement

Advertisement

 

Bayangkan sebab kita, ada orang lain mungkin terlepas waktu

Dalam pada itu, Izyan turut berharap wanita-wanita lain untuk lebih mengutamakan individu seperti ibu mengandung, orang tua serta yang membawa anak kecil dengan membuka ruang bagi mereka dahulu. Adalah disarankan untuk membawa telekung sendiri ke tempat berkenaan bagi menjamin keselesaan yang lebih.  

Advertisement

Sumber: Facebook Izyan Izdihar Shaarani

Advertisement

Apa Komen Anda?