“Macam Talkshow Hollywood!”- Penampilan Khas BoBoiBoy Di MeleTop Curi Perhatian

Siapa sangka watak animasi 3D yang selama ini kita tonton di kaca televisyen atau pawagam pun boleh juga muncul dalam sesi temubual istimewa, siap bergurau dengan hos terkemuka Neelofa dan Nabil Ahmad lagi! Itulah kelainan utama yang dibawakan oleh Animonsta Studios dan penerbit rancangan temubual sensasi MeleTop apabila membawakan watak utama BoBoiBoy serta seteru utamanya juga iaitu Adu Du secara eksklusif pada malam tadi. 

BACA: [VIDEO] Tak Keruan! Reaksi Zizan Bila Mira Filzah Datang MeleTOP Lawak Habis

“BoBoiBoy Kuasa Tiga!”

Di samping mempromosikan filem terbaru mereka, tidak dinafikan kedua-dua watak ini nampak agak real sepanjang sesi interview tersebut berlangsung. Malahan, BoBoiBoy turut sempat mempamerkan ‘kuasa’ terkuatnya iaitu ‘Pemecahan Elemental’ manakala Adu Du pula tidak henti-henti membuatkan ramai tertawa apabila menyakat Neelofa dan Nabil kerana terkenal dengan gelagat lucunya dalam siri animasi tersebut. Ikuti sesi video penuh yang disiarkan semalam.

Terbaik MeleTop…Dah ikut style talkshow dekat Hollywood!

Ternyata temuramah yang pertama kali melibatkan watak animasi 3D di Malaysia ini bukan sahaja lain daripada yang lain, tetapi juga menarik perhatian ramai penonton rancangan MeleTop malam tadi. Mana taknya, jumlah tontonan di laman YouTube rasmi mereka sahaja telah mencecah lebih 50 ribu walaupun baru 5 jam sahaja video tersebut dikongsikan. Rata-rata netizen telah memberikan pujian terhadap skil pengacaraan Neelofa dan Nabil kerana bukan mudah untuk mengendalikan program sedemikian rupa. Selain itu, mereka juga kagum dengan pihak produksi BoBoiBoy selepas berjaya menghidupkan watak tersebut, tak ubah macam teknologi animasi yang terdapat di Hollywood!

Sumber: YouTube & IG meletop

Apa Komen Anda?