Tips

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Sharing is caring!

  1. Ekoran wabak COVID-19 yang melanda negara saat ini, ramai dilihat terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan masing-masing. Hakikatnya terdapat banyak SOP yang perlu diikuti sebelum melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan sekarang. Ikuti perkongsian berpengalaman daripada seorang pengusaha katerer ini.

BACA: [VIDEO] Majlis Batal 5 Hari Sebelum Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

Check kawasan untuk menempatkan kanopi…Bincang dengan tuan rumah masa ketibaan tetamu

Menurut Sri Suzaidah Masri, antara perkara perlu dititikberatkan adalah kawasan khemah serta susun atur mengikut bilangan tetamu yang hadir. Di samping itu, pihak katering juga perlu menyediakan alat semak suhu badan yang secukupnya. Malah, perbincangan dengan tuan rumah perlu diperhalusi betul-betul berkenaan masa ketibaan para tetamu.


Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi
Gambar sekadar hiasan

Staf katering perlu jalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu

Selain itu, pihak katerer wajib membawa pekerja masing-masing membuat pemeriksaan di pusat kesihatan sebelum majlis berlangsung. Hal ini kerana, mereka adalah ‘frontliners’ yang bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada para tetamu yang tak boleh menyentuh sebarangan termasuklah ambil lauk sendiri.


Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi
Gambar sekadar hiasan

Peranan tetamu sepanjang majlis berlangsung…Tunggu sehingga tiba nombor giliran

Di samping itu, pihak tetamu perlu memberikan kerjasama sepanjang majlis berlangsung. Mereka disarankan agar mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak penganjur termasuklah mengambil nombor giliran untuk sebelum bertemu tuan rumah. Selain itu, para jemputan diingatkan supaya tidak duduk untuk tempoh yang lama selain digalakkan gunakan set pinggan mangkuk jenis pakai buang.


Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi

Mahu Anjurkan Majlis Perkahwinan Masa PKP? Ketahui Dulu SOP Yang Wajib Dipatuhi
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Sri Suzaidah Masri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!