Cinta Family

Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Sharing is caring!

Pada 10 Februari lalu, Abam Bocey telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman rumahnya. Pemergian tak terjangka itu telah mengejutkan ramai pihak, terutamanya keluarga dan sahabat seperjuangan dalam industri hiburan. Balu Allahyarham iaitu Siti Nur Hidayah turut terbuka untuk berkongsi mengenai suaminya petanda-petanda pemergiannya yang hanya disedari setelah ketiadaan pelawak berusia 32 tahun tersebut.

BACA: Balu Abam Tegur Ibu Mentua, Jangan Makan Harta Anak Yatim -Ali Puteh Luah Kesal

Mahu balik kampung makan beramai-ramai

Merujuk kepada portal Gempak, Abam pernah meluahkan hasrat ingin pulang ke kampung mentua untuk makan beramai-ramai. Dia juga mahu makan bersila dengan ahli keluarga yang lain, walhal sebelum ini hanya duduk di atas meja sahaja. Selain itu, bapa kepada Hamzah turut meminta isterinya untuk memasak telur dan sayur-sayuran sahaja pada setiap hari. Menurut Hidayah, Allahyarham juga telah membawa dirinya dan Hamzah ke rehearsal Maharaja Lawak Mega (MLM) sehingga lewat malam untuk pertama kalinya.


Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Minta jaga diri dan Hamzah

Tambahnya lagi, mereka pernah ke Melaka hanya kerana Allahyarham Abam teringin makan asam pedas. Malahan, suaminya turut membeli cendol durian ketika di sana. 3 hari sebelum dijemput Ilahi, dia sempat meminta maaf dengan kawan-kawannya sebelum menghidap demam pada 8 Februari. Allahyarham turut berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka.

Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Masih risaukan isteri walaupun kurang sihat

Keesokan harinya, Allahyarham meminta Hidayah untuk memandikannya kerana dia tidak larat. Selesai mandi, mereka turut makan bersama-sama. Ketika jam 2 pagi, suaminya telah bangun untuk mandi kerana kepanasan dan memberitahunya bahawa dia sudah tidak larat. Dia juga ada bertanyakan akan keadaan isterinya itu.


Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Mahu rehat dan tidur

Pada 1o Februari, Allahyarham memberitahu dia mahu rehat dan tidur. Tidak lama selepas itu, wanita ini perasan hidung suaminya berbuih dan menyangkakan ia datang daripada tuala yang diberikannya. Ternyata tanggapannya salah apabila mendapat tahu bahawa itu sememangnya buih. Lebih menyayat hati, Allahyarham Abam langsung tidak memberikan sebarang respon apabila dikejutkan oleh isterinya tersebut dan akhirnya disahkan sudah tiada.


Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Sumber: Gempak

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mahu Balik Kampung Makan Ramai-Ramai, Hidayah Kongsi Petanda Sebelum Abam Pergi

Sharing is caring!