Mahu Tonjol Bakat Berlakon, Gadis Viral Suara Manja Terpilih Sertai Dewi Remaja

Siapa yang dapat lupakan sejarah pertama kali berlakunya penarikan takhta juara Dewi Remaja pada awal tahun ini kan? Meskipun bermacam drama telah berlaku, namun pihak penganjur pertandingan itu sekali lagi dalam misi terbarunya untuk mencari sekumpulan gadis yang memiliki personaliti dan bakat menarik. Sesi ujibakat edisi terbaru Dewi Remaja telah pun berlangsung pada hujung minggu lalu sambil dinilai oleh beberapa juri tersohor dalam industri hiburan tanah air.

BACA: “Suara Saya Memang Manja..” – Sedih Dicop Gedik, Gadis Viral Beri Penjelasan

Antara barisan juri ujibakat Dewi Remaja 2019/2020

Advertisement
Kredit foto: Remaja

Dalam ribuan peserta yang telah menghadiri sesi pertama casting beberapa hari lalu, antara yang mencuri tumpuan adalah Instafamous bernama Eyta Juwita ini. Sebelum ini, video rakaman yang memaparkan aksi manjanya di sebuah kedai permainan pernah menjadi viral sekitar bulan Julai lalu.

View this post on Instagram

Advertisement

Best nya kalau ada yang belanja bear untuk min. BTW, blh swipe up IG Story/Highlight utk baca penjelasan dari gadis ni. #mstar #mstarMoi (kredit: @eytajuwita )

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Advertisement

View this post on Instagram

Banyak banyak dewi ,dewi remaja siapa menjadi pujaan hati awak? . . . #majalahremaja #dewiremaja #dewiremaja2019

Advertisement

A post shared by PAID & GIFT REVIEW 💫 (@eytajuwita) on

Mahu cebur bidang lakonan…bukan terkenal dengan sisi manja sahaja

Advertisement

Difahamkan gadis kelahiran Tawau ini telah berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan ini. Menerusi temubual dengan penganjur program terbabit, Eyta mendedahkan bahawa dia bersyukur dengan rezeki itu meskipun berjaya pada kali kedua selepas gagal dalam sesi ujibakat yang pertama. Ujar gadis berusia 22 tahun ini lagi, dia mahu menyertai platform tersebut kerana mahu menonjolkan lebih banyak bakat khususnya dalam bidang lakonan.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

Sumber: IG majalahremaja, eytajuwita & mstaronlineofficial

Advertisement

Apa Komen Anda?