Bukan Main Lagi Bercinta Dengan 5 Perempuan Sekaligus, Bila Tahu Sebabnya…

Bagi yang menjalinkan hubungan percintaan, pasti sering terbuai dengan detik-detik indah bersama orang tersayang. Tidak banyak yang diharapkan apabila bercinta melainkan seorang peneman yang saling memahami serta pandai menghargai. Walau bagaimanapun, tidak semua perhubungan ini mampu kekal hingga ke jinjang pelamin, lebih-lebih lagi jika mempunyai partner yang mudah sekali berubah hati. 

BACA: Assalamualaikum Jodoh  Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

Boleh pulak lelaki tu pasang lima

Advertisement

Berbicara tentang hal berkenaan, seorang gadis dengan akaun Twitter @aidashaa3 sempat berkongsikan kisah cintanya yang baru saja berakhir dengan teman lelaki. Tatkala diri sedang sibuk bekerja, si pemuda seronok bermesra dengan perempuan lain mendorong dirinya membuat keputusan serta merta. Malah bukan itu sahaja, bekas teman lelakinya itu turut mengakui pernah melayan cinta lima orang perempuan dalam satu-satu masa. 

Gambar Sekadar Hiasan

Bangga mainkan perasaan perempuan

Dengan rasa bangga, pemuda tersebut mengakui tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempunyai ramai teman wanita kerana dirinya sudah terbiasa. Tindakan tidak matang itu sebenarnya disebabkan oleh kisam silamnya yang juga pernah dipermainkan oleh perempuan seperti yang dilakukannya sekarang. Mungkin masih terkesan dengan kejadian berkenaan, lelaki itu bertindak mengulangi perbuatan tersebut tanpa ada perasaan bersalah.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Apa masalah dia balas dekat orang yang tak bersalah

Rata-rata netizen dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap kurang bijak apabila membalas perbuatan terhadap wanita itu yang tidak bersalah. Ramai juga dilihat memberi sokongan kepada perempuan tersebut setelah dilihat masih sukar untuk melupakan teman lelakinya. 

Advertisement

Sumber: Twitter AidaShaa3

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?