Hiburan

Main TikTok Tapi Baju Bibik Jadi Tumpuan, Eina Azman Dipuji Manjakan Orang Gaji

Main TikTok Tapi Baju Bibik Jadi Tumpuan, Eina Azman Dipuji Manjakan Orang Gaji

Sharing is caring!

 

Datin Paduka Eina Azman merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial. Bahkan, isteri kepada usahawan berjaya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet ini terkenal dengan hobinya yang gemar berkongsi resepi masakan di laman Instagram. Selain daripada memiliki kecantikan dan nilai kesopanan, selebriti wanita ini juga sering menjadi tumpuan ramai kerana sikapnya yang sangat murah hati.


BACA: [VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

Bawa pembantu rumah bercuti di Pulau Langkawi…’Sempoi’ saja menari TikTok atas kapal

Baru-baru ini, Eina Azman dikatakan meluangkan masa bercuti bersama dengan kenalan rapat dan keluarganya di Pulau Langkawi. Lebih menarik lagi, dia turut membawa dua orang pembantu rumahnya menyertai percutian tersebut. Menerusi posting di laman Instagram, Eina Azman dilihat memuat naik sebuah video TikTok yang dibuat bersama-sama dengan dua wanita tersebut di atas sebuah kapal layar mewah.


View this post on Instagram

Haredang w biksss 😆

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Sporting betul Eina Azman layan bibik…Rupanya pakaian yang lawa itu pun dia sponsor

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur apabila melihat wanita berusia 25 tahun ini kerana sangat sporting melayan kerenah orang gajinya yang berasal daripada Indonesia itu. Di samping itu, mereka turut memuji pakaian pembantu rumahnya yang kelihatan cantik. Menjawab persoalan itu, siapa menduga rupanya busana itu dibelikan sendiri olehnya. Video ini berjaya meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik semalam.


 

Main TikTok Tapi Baju Bibik Jadi Tumpuan, Eina Azman Dipuji Manjakan Orang Gaji

Main TikTok Tapi Baju Bibik Jadi Tumpuan, Eina Azman Dipuji Manjakan Orang Gaji

Main TikTok Tapi Baju Bibik Jadi Tumpuan, Eina Azman Dipuji Manjakan Orang Gaji

Sumber: Instagram eina_azman

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!