“Mainlah Di Syurga Ye Anak” – Wanita Ini Redha Diuji 5 Kali Keguguran Berturut

Sudah menjadi impian setiap suami isteri untuk memiliki zuriat dalam melengkapkan lagi keluarga masing-masing. Bagaimanapun, keguguran merupakan ujian yang besar dan boleh memberikan kesan besar dari segi emosi dan psikologi khususnya kepada ibu yang mengendong anak tersebut. Menerusi coretan panjang di laman FB baru-baru ini, seorang wanita bernama Nooradila Azuddin berkongsi pengalaman mengalami keguguran bukan sekali tetapi 5 kehamilan yang pernah dilalui sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya.

BACA: Isteri Hamil Luar Rahim &Fallopian Tube Kena Potong, Anak Terpaksa ‘Dibuang’!

Sempat kandungkan selama 4 bulan 1 minggu…paling lama duduk dalam rahim setakat ni

Minggu ke-8 start bIeeding banyak…hati dah redha mungkin baby ni akan gugur juga

Menurut wanita yang bertugas sebagai jururawat ini, dia sangat teruja sebaik mendapat tahu tentang kehadiran janin tersebut. Malah dia juga sempat membuat persediaan untuk menempuh kehamilan kali ini demi mengelakkan k0mplikasi untuk mengandung di luar rahim kerana pernah mengalaminya sebelum ini. Namun bermula minggu ke-8 dia mengalami masalah bIeeding yang sangat banyak.

Follow up minggu ke-12 air ketuban pula takda…doktor beritahu susah untuk baby survive

Puan Nooradila dinasihatkan untuk banyak berehat dan kurangkan berjalan agar kurangkan masalah bIeeding tersebut, namun tetap berlarutan sehinggalah minggu ke-10 kehamilan menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan rawatan di pusat perubatan sekali lagi. Walaupun degupan jantung kandungan masih dapat dikesan, tetapi air ketuban pula disahkan tiada 2 minggu selepas itu sewaktu mereka bertandang ke klinik pakar bagi pemeriksaan lanjut.

Doktor tanya aku, puan okay tak? Baby memang dah takda, kita tunggu baby keluar sendiri. Kalau tak, kita masuk ubat. Masa ni aku pun dah redha, so aku tenang & jawab okay ja..

Ditakdirkan Tuhan pada pagi 25 Julai yang lalu Puan Nooradila telah pun melahirkan anak lelaki yang dikandung olehnya selama tempoh lebih 4 bulan. Dia dan suami sempat memberikan nama Muhammad kepada anak syurga tersebut kerana telah memiliki sifat yang lengkap sebelum dikebumikan bersebelahan pusara adiknya yang telah ke rahmatullah pada Ramadhan lalu.

Taknak orang lain rasa apa yang aku rasa…5 kali kehilangan bukan mudah untuk dihadapi

Ujar wanita ini lagi di akhir coretannya, dia akui buat masa ini masih belum dapat menerima lagi hakikat yang baru sahaja berlaku ini. Perkara ini bukanlah bermaksud yang dia tidak menerima suratan takdir atau menolak rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya, namun emosinya masih belum kuat lagi untuk menerima kehilangan kali kelima berturut-turut. Puan Nooradila turut berterima kasih kepada semua yang selalu memberikan sokongan kepadanya. Lebih-lebih lagi kepada suaminya yang selalu memujuk dan memberi kata nasihat “Allah uji kita sebab kita yang mampu hadapi.”

Sumber: FB Nooradila Azuddin

Apa Komen Anda?