Viral

Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Majlis ‘gender reveal’ telah menjadi satu kebiasaan di negara barat untuk mendedahkan jantina bayi yang akan dilahirkan. Selain dihadiri keluarga terdekat, ia juga dilakukan dengan 1001 cara yang sungguh kreatif dan penuh bermakna. Menjengah ke media sosial, banyak juga video moment itu yang berjaya menyentuh hati ramai. Namun bagi satu keluarga ini, majlis yang sepatutnya disambut gembira bertukar huru hara.


BACA: [VIDEO] Terharu Rakan Baik Suprise Datang Konvo, Menangis Lelaki Ini Dibuatnya

Majlis umum jantina bertukar kejutan tidak disangka-sangka

Tatkala suami lain gembira untuk menyambut kehadiran zuriat tetapi lelaki ini mendapat perkhabaran duka. Siapa menduga anak yang dikandung bukanlah kepunyaan lelaki tersebut sebaliknya hasil perhubungan si isteri dengan pemuda lain. Malah lebih mengejutkan, bapa sebenar kepada bayi dikandung turut hadir dalam jamuan berkenaan.

Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Dedahkan kandungan isteri bukan berusia 4 tapi 6 bulan

Ayah kepada wanita tersebut turut bertanyakan kesahihan berita itu kepada anaknya namun telah dinafikan. Menantunya menjelaskan lagi bahawa kandungan si isteri bukan berusia 4 bulan seperti yang diberitahu tapi sebenarnya sudah masuk bulan ke 6. Walaupun cuba untuk mengajak berbincang, namun lelaki itu tetap meneruskan pendedahan berkenaan dengan melampirkan bukti-bukti yang telah disediakan bersama peguam.


Kantoi ada video isteri selingkuh dengan lelaki botak

Salah satu bukti dimaksudkan adalah rakaman video yang memaparkan isterinya bersama-sama seorang individu botak dengan hanya bertuala. Selepas selesai membuat pengumuman itu, lelaki yang mengenakan sut biru tersebut berlalu keluar dari majlis sambil dikejar oleh wanita berkenaan. Manakala, lelaki yang dituduh terpaksa menahan tohmahan selain dibaling kek oleh para tetamu.


Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Sumber: Twitter Six Brown Chicks & Portal Mirror.Co.Uk

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Facebook

Telegram