Hiburan Viral

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

Baru-baru ini kecoh dunia hiburan dengan kontroversi pelakon hebat Zul Ariffin yang telah memuat naik klip video adegan kurang senonoh di laman Instagram miliknya. Malah aktor tersebut turut dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) tempoh hari.

BACA: Lama Berdiam Diri, Zul Ariffin Akhirnya Tampil Buka Mulut Isu Video Daring

Zul seorang pelakon yang cukup profesional dan tepat bila mohon maaf

Susulan isu itu, Ruhainies selaku teman rapat turut tampil meminta orang ramai untuk tidak terus mengecam aktor tersebut. Dalam pada itu, artis wanita tersebut turut menjelaskan Zul merupakan seorang pelakon yang cukup profesional dan tindakannya membuat permohonan maaf adalah sangat tepat.

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

A night to remember, one step closer

Terbaru tular di ruangan Instagram, rakaman dimuat naik Ruhainies memaparkan satu majlis indah beserta hashtag “One Step Closer”. Dalam video tersebut, aktres itu mengenakan persalinan ala Bollywood selain turut memakai inai seperti sedang dalam acara bertunang. Namun yang menjadikannya heboh apabila ada kelibat sang jejaka hadir ke lokasi tersebut yang persis seperti pelakon terkenal Zul Ariffin.

@zaharzbubu7

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya, biasa la bila ada sesuatu yang baik pasti ada ujian nya, harap korang berdua terus kuat! see u soon guys, love both of you ❤️

♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

Tengok gaya jalan pun dah tahu tu Zul Ariffin, diorang dah lama rancang kita je lalai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup teruja dan juga gembira jika benar telahan mereka akan hubungan pasangan selebriti tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang tak sabar untuk menantikan apakah rahsia yang disimpan Ruhainies.

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

Kredit: Instagram Ruhainies & TikTok zaharzbubu

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Majlis Siap Hashtag One Step Closer, Ruhainies Bertunang Dengan Zul Ariffin?

Facebook

Telegram

Facemask For Kids