Viral Isu Semasa

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Walaupun pada dasarnya pernikahan di Thailand adalah sah di sisi agama, sebenarnya ia boleh membangkitkan isu dari segi undang-undang apabila pasangan suami isteri kembali ke Malaysia. Lebih buruk lagi jika mereka terus bersikap sambil lewa terhadap urusan pendaftaran kad nikah, anak-anak akan menanggung kesan buruk dek kerana kecuaian ibu bapa sendiri.

BACA : Jangan Beria Bila Diajak Nikah Di Siam, Lelaki Dedah Derita Menanti Wanita

Hidup bagaikan pelarian sebab tiada dokumen pengenalan diri sejak 16 tahun lalu

Itulah kejadian yang menimpa Mohamad Haffiq Hariry Shah Md Herman Shah apabila hidupnya seakan terianiaya selama 16 tahun kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Mengulas kronologi kisah itu sejak awal, difahamkan suatu ketika dahulu ibu bapanya telah berkahwin di Thailand.

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Ibu bapa berpisah & tak daftar kelahiran sejak bayi…Hanya bersekolah sampai darjah 5

Namun apabila Haffiq dilahirkan, rupanya mereka berdua tidak membuat sebarang pendaftaran kelahiran secara rasmi. Keadaan bertambah buruk selepas kedua-dua berpisah membawa haluan sendiri. Si ibu ada cuba mendaftarkan semula sijil kelahiran pemuda itu, namun prosedur tersebut sukar mendapat kelulusan kerana kegagalan menyatakan dokumen nikah dengan suami.

Ibu bapa tak bertanggungjawab…Anak yang kena atas kesalahan mak ayah

Kerana kecuaian silam ibu bapa, anak-anak yang terima binasa. Netizen juga cukup kecewa dan bersimpati dengan nasib malang menimpa remaja berkenaan. Di samping itu, mereka berharap pihak berwajib dapat memberikan budi bicara kepada Haffiq dalam urusan pendaftaran kad pengenalan diri demi kemudahan masa depannya.

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Kredit : FB Berita Harian & YouTube Harian Metro

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mak Ayah Nikah Thailand Tak Daftar Kelahiran, Anak Teraniaya 16 Tahun Tiada IC

Facebook

Telegram