Viral

Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’

Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’

Sharing is caring!

Seorang sahabat sejati mampu melengkapkan hidup kita. Malah kehilangannya juga mampu melumpuhkan kebahagian kita. Itulah nasib yang sesuai digambarkan mengenai persahabatan sekumpulan pemuda ini apabila rakan mereka Syafi Amsyar Idrus dijemput Ilahi sekitar tiga tahun lalu.

BACA : Van Hilang Kawalan, Doktor Dan Bayi 7 Bulan Temui Ajal Dalam Nahas Jalan Raya

3 tahun pergi bukan alasan untuk melupakan..

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter iaitu Amin Rahaman, dia menceritakan pengalaman serta kenangan saat menjalin persahabatan bersama Allahyarham. Meskipun sahabatnya telah ‘pergi’, namun ingatannya terhadap Allahyarham tidak pernah sesekali dilupakan.


Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’

Mak Allahyarham akui terharu terima kunjungan

Malah dia bersama beberapa orang rakan yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi ibu serta bapa Allahyarham sahabatnya baru-baru ini. Namun apa yang menghibakan adalah luahan duka daripada si ibu mengenai kunjungan mereka.

Dari puasa sampai raya, kami berdua saja kat rumah. Anak-anak lain tak dapat balik sebab PKP. Mak cik seronok sangat hampa mai ramai-ramai macam ni.

Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’

 

Kalau dia ada mesti dia besar hampa..

Sememangnya dia sendiri tidak menyangka, meskipun pemergian anaknya memasuki tahun ketiga namun kesemua mereka tidak pernah putus mendoakan Allahyarham.


Ni kalau Syafi ada mesti dia dah besar macam hampa kan. Dia dah 3 tahun ‘pergi’ tapi hampa masih ingat lagi kat mak cik..

Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’

Mesti dia bangga ada kawan macam korang..

Dikongsi sejak semalam, posting tersebut ternyata mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 1000 retweets. Rata-rata netizen mengakui sebak dengan perkhabaran duka ini dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan memuji persahabatan pemuda ini.

Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’ Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’ Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’

Sumber : Twitter aminrahaman


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!