Mak Kandung Berebut Anak Depan Sekolah, Orang Ramai Segera Selamatkan Keadaan

Semalam telah tular beberapa video di media sosial memaparkan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Cyberjaya. Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga orang awam yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan. Tanpa disangka-sangka, rupanya kekecohan tersebut berpunca daripada masalah keluarga yang tidak selesai sehingga memaksa orang sekeliling untuk masuk campur. 

BACA: Hala Iron Wap Cuma 1 Saat Saja, Tertuduh Minta Maaf Kepada Keluarga Zulfarhan

Kanak-kanak dibawa masuk ke dalam kereta secara paksa 

Advertisement

Dalam video-video yang telah dimuat naik, kelihatan seorang budak lelaki menjerit meminta tolong untuk keluar daripada sebuah kereta Perdana hitam. Kanak-kanak tersebut rupanya telah dibawa masuk ke dalam kereta secara paksa oleh seorang perempuan yang mengaku sebagai ibu kandungnya.

Menjerit minta tolong orang ramai 

Advertisement

Setelah itu, difahamkan kejadian tersebut terjadi kerana isu perebutan anak di mana ibu kandungnya membuat percubaan untuk ‘melarikan’ anak itu. Beberapa orang awam yang prihatin dengan situasi itu dilihat bekerjasama menghalang kereta berkenaan daripada berlalu pergi. Akhirnya, pihak polis tiba bagi mendamaikan situasi tegang tersebut.

Advertisement

Kereta putih bantu hadang kereta Perdana hitam

Tidak cukup dengan itu, seorang individu lain segera bertindak menggunakan keretanya untuk menghadang kenderaan tersebut daripada beredar hingga mengalami beberapa kerosakan. Mujur sahaja orang ramai bertindak segera menyelamatkan budak itu. Kalau tidak, siapalah dapat menduga apa yang bakal terjadi kelak.

Advertisement

Aku dengar budak tu menjerit pun air mata dah laju

Menyaksikan insiden itu, netizen meluahkan rasa kecewa kepada wanita berkenaan kerana telah berkelakuan sedemikian. Rata-ratanya merasa bimbang kejadian itu bakal memberi trauma terhadap kanak-kanak lelaki tersebut. 

Advertisement

Sumber: Facebook Cyberjaya Info, Twitter RGorjes123

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?