Viral Antarabangsa Inspirasi

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Isu pembuangan bayi ke tempat sampah boleh terjadi atas pelbagai faktor. Mungkin si ibu atau si bapa kandung takut membesarkan seorang anak luar nikah tanpa persediaan rapi, namun ia tidak bermakna seorang zuriat boleh diabaikan begitu sahaja. Ketika menginjak dewasa, tidak mustahil mereka akan menyimpan rasa benci sampai ke nafas terakhir.

BACA : Diabai Sejak Bayi Kini Dah Berjaya, Gadis Terkilan Ibu Muncul Minta Balik Rumah

Ibu kandung enggan jaga Freddie sejak bayi lagi

Namun bagi lelaki bernama Freddie Figgers ini, kisahnya yang pernah ditinggalkan di pusat pelupusan sampah pada tahun 1989 cukup meruntun jiwa. Baru beberapa jam dilahirkan, ibu kandungnya telah melakukan hal itu tanpa belas kasihan. Tidak lama kemudian, orang yang lalu di kawasan terbabit mendengar tangisan sebelum menemukan bayi terabai.

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Malu rakan sekolah ejek “bayi tempat sampah”…Akhirnya mak angkat dedahkan kebenaran

Setelah mendapat rawatan selama 2 hari, Freddie dihantar pula untuk tinggal di sebuah pusat kebajikan. Hidupnya mula berubah selepas diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri berhati mulia. Meskipun mula merasai kasih sayang, dia sedih dan amat malu kerana rakan-rakan di sekolah memanggilnya sebagai “bayi tempat sampah”. Semakin dewasa, akhirnya penjaganya berterus-terang hal sebenar mengenai status Freddie sebagai anak terbuang.

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Permulaan hidup tak boleh dikawal, tapi kau boleh cipta masa depan yang dimahukan

Saat Freddie berusia 9 tahun, ayahnya, Encik Nathan membawa pulang sebuah komputer lama sebagai alat mainan. Mula ‘menggodek’ bahagian dalam komputer, kemahiran tersebut mendorong minatnya dalam bidang teknologi maklumat. Seawal usia 15 tahun, dia berjaya membuka business membaiki komputer berbekalkan bilik kecil di rumah. Kemudian, Freddie mula berjinak-jinak dalam bidang membangunkan program rekaan data dan berjaya menjual projek pertama dengan nilai $2.2 juta. Kini dia merupakan jutawan dan berjaya mengasaskan syarikat mega sendiri.

“Sampai sekarang, saya tak pernah jumpa langsung dengan ibu bapa kandung saya. Tak pernah minat pun untuk ambil tahu tentang mereka berdua”

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Kredit : FB Positif, Portal lovethepics, washingtonpost, IG freddiefiggers

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Facebook

Telegram

herness