Mak-Mak Jangan Biasa Senangkan Anak Lelaki, Takut Nanti Jadi Suami Pemalas…

Umum tahu bahawa urusan rumah tangga bukanlah menjadi tanggungjawab isteri semata-mata, sebaliknya perlu dilakukan bersama-sama. Malangnya, rata-rata suami pada masa kini sering menganggap kerja seperti mencuci pakaian, mengemas rumah atau memasak di bawah tanggungjawab isteri. Hal ini kemungkinan mereka sudah terbiasa dan dibesarkan dalam senario seperti itu. Tampil berkongsi pendapat, seorang wanita bernama @nadzwareina memuat naik thread di laman Twitternya baru-baru ini ternyata mendapat perhatian ramai.

BACA : Selepas 25 Tahun, Suami Isteri Buktikan Masih Serasi Dulu, Kini Dan Selamanya

Mak… mak kena didik anak lelaki buat kerja rumah

Wanita ini berpendapat bahawa golongan suami pemalas ini biasanya dibesarkan oleh ibu bapa yang tidak mendedahkan mereka dengan kerja rumah. Malah dia menegaskan bahawa setiap lelaki perlu memahami tugas sebenar seorang isteri dan bukannya meletakkan isteri itu seperti seorang pembantu rumah atau bibik.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Isteri bukan orang gaji, suami perlu kerjasama

Menurut Raden, sebuah perkahwinan itu perlulah saling melengkapi antara satu sama lain dan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Kongsinya lagi, tidak salah seorang suami membantu meringankan beban isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Jika mak tak ajar, anak akan fikir itu kerja orang perempuan

Malah kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, perkara tersebut juga dipraktikkan olehnya bersama suami. Dalam pada itu, wanita ini turut menasihati para ibu agar tidak terlalu memanjakan anak lelaki. Jelasnya, mengajar anak membantu dalam melakukan kerja rumah bukan sahaja penting kepada anak perempuan tetapi juga anak lelaki.

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Kadang-kadang tak boleh salahkan mak, kalau anak pemalas

Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai dengan meraih hampir 20 ribu retweet. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian tersebut. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman berhadap dengan situasi sama.

Advertisement

Sumber : Twitter nadzwareina

Advertisement

Apa Komen Anda?