Makan Banyak Kali Boleh Kurangkan Berat Badan, Jom Ikuti 3 Tips Penting Ini

Sekarang ini ramai yang mahu mengurangkan berat badan supaya kelihatan cantik dan lebih sihat. Namun begitu, ramai yang tidak tahu cara betul untuk melakukannya. Walaupun telah berusaha berbagai cara tetapi masih tiada sebarang perubahan. Malahan, ada juga yang sanggup merisikokan diri dengan perkara tidak patut hanya kerana mereka ingin kurangkan berat badan dengan cepat.

BACA: Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti

Bahagikan waktu makan

Merujuk kepada portal CuriousMob, antara cara yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan dengan cepat secara sihat adalah dengan membahagikan waktu makan 5 hingga 6 kali sehari. Dengan cara ini, anda akan makan dalam portion yang sikit, sekali gus membuatkan tubuh badan lebih aktif dalam pembakaran lemak.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Makan dengan teratur & jangan tahan lapar

Ramai yang menyangka mereka harus menahan lapar dan mengabaikan waktu makan jika mahu mengurangkan berat badan. Perkara ini sebenarnya tidak elok kerana ia menyebabkan lemak di dalam tubuh badan disimpan dan bukannya dibakar. Oleh itu makanlah dengan teratur dan jangan biarkan diri anda kelaparan.

Gambar sekadar hiasan

Ubah lifestyle & banyakkan minum air

Gaya hidup juga perlu diubah jika seseorang itu bercadang untuk menguruskan badan. Anda haruslah sentiasa berusaha dan jangan malas dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, minumlah air dengan kandungan yang secukupnya kerana ia dapat membuatkan anda merasa seolah-olah sudah kenyang. Cara ini juga dapat membantu anda untuk mengurangkan pengambilan makanan.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Sumber: CuriousMob

Advertisement

Apa Komen Anda?