Oleh kerana kos melancong dalam negara menelan belanja besar, kini ramai rakyat Malaysia sanggup pergi ke Thailand untuk makan angin. Bahkan baru-baru ini, berita melaporkan bahawa trend bercuti ke negara jiran itu sedikit sebanyak menjejaskan industri pelancongan tempatan khususnya di Pulau Langkawi. Bukanlah tidak menyokong tempat sendiri, namun masyarakat pastinya akan memilih lokasi yang paling murah.
BACA :Â Nikmati Usia Tua Pergi Travel Dengan Suami, Wanita Ni Saran Jaga Diri Masa Muda

Dengan hanya RM300 je, aku boleh stay Hat Yai 3 hari 3 malam
Tidak ketinggalan, seorang pemuda dengan akaun Twitter Meran juga telah berkongsikan pengalamannya bercuti di sana. Sungguh mengujakan sekali, dia cuma menghabiskan sekitar RM300 sahaja untuk percutian selama 3 hari 2 malam ke Thailand. Berikut merupakan jadual perjalanan yang disertakan dengan lokasi menarik serta bayaran penginapan, makanan dan pengangkutan :
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
— Meran (@merxnism) September 18, 2022
Udang galah, RM12 dapat 4 ketul…Kebanyakan makanan harga semua bawah RM10
Dengan bayaran RM32 untuk 1 malam, mereka dapat menginap di hotel bajet yang benar-benar selesa. Walaupun bilik itu tidaklah mewah, namun saiznya boleh tahan luas setakat untuk merehatkan badan selama beberapa hari. Harga makanan di sana juga dikatakan amat murah dengan saiz hidangan yang sangat berbaloi.
>7Eleven :
Burger famous dorang RM3. Aku beli 4 jenis shrimp n ayam cheese. Sedap nak mampus!Senang cerita untuk makan ni. Mostly semua bawah RM10 dan portion besar n sedap!!!! RM30 tu macam2 kau boleh dapat untuk makan kat Asean Night Market. pic.twitter.com/uswS5nBlt3
— Meran (@merxnism) September 18, 2022
— Meran (@merxnism) September 18, 2022
— Meran (@merxnism) September 18, 2022
Simcard beli awal-awal dekat Stesen Padang Besar…5G beb, masuk ceruk mana pun speed laju
Bagi yang tertanya mengenai pembelian simcard baru, anda tidak perlu risau kerana segalanya boleh didapati dengan mudah serta murah. Kewujudan capaian 5G membuatkan pautan internet boleh diperolehi di pelusuk tempat tanpa sebarang masalah. Malahan data dan panggilan percuma juga boleh digunakan secara unlimited (tanpa had).
Kredit : Twitter Meran
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura