“Amat Malang Bagi Saya Terima Tuduhan Nusyuz”-Isteri Pertama Da’i Farhan

Susulan pendedahan oleh seorang peguam mengenai status perkahwinan di antara pendakwah selebriti terkenal, Da’i Farhan dan juga isteri pertamanya yang dikatakan berpisah nampaknya benar setelah disahkan oleh tuan punya badan. Sebelum itu, pendedahan tersebut masih lagi dalam tanda tanya selepas kedua suami isteri terbabit mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, satu surat terbuka telah dimuat naik oleh wanita terbabit di laman Facebook dirinya untuk mencerahkan keadaan. 

BACA: Kecoh Dai Farhan Didakwa Jatuhkan Talak Isteri Pertama Melalui WhatsApp

Terima takdir ini sepenuh hati 

Advertisement

Status tersebut dikongsi bertujuan mengesahkan khabar angin mengenai suaminya yang telah menjatuhkan talak satu melalui aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019. Wanita itu bagaimanapun akur takdir ketentuan Ilahi tersebut dengan hati yang rela walaupun sebelumnya dia menerima kedatangan orang ketiga dalam keluarga kecilnya. 

Advertisement

Amat malang bagi diri saya terima hukuman nusyuz

Surat terbuka ini juga ditulis bertujuan untuk menjernihkan keadaan serta membersihkan namanya dan juga keluarga apabila didakwa nusyuz oleh suaminya sendiri. Ibu kepada seorang anak itu kecewa dengan tuduhan tersebut yang telah mencalarkan maruahnya sebagai seorang wanita. 

Advertisement

Hidup saya tidak akan berakhir disebabkan wanita Kaabah

Fatin juga turut mengakui dakwaan laporan polis yang dilakukannya juga adalah benar. Tindakan itu juga turut disokong oleh keluarganya setelah memikirkan aspek keselamatan dirinya dan juga anak yang dikandung. Meskipun perlu mengharungi dugaan yang berat, wanita tabah ini ingin fokus dengan hari-hari yang mendatang. Wanita berkenaan juga meminta untuk tidak mengaibkan bekas suaminya memandangkan dia masih bergelar bapa kepada zuriatnya.  

Advertisement

Advertisement

Sumber: Facebook Fatin Nurul Ain

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?