Malu Tayang Dagu Berlapis? Ikuti 8 Senaman ‘Gerenti’ Lenyapkan Double Chin Ini

Bila berbicara soal penampilan, pastinya pelbagai aspek perlu diberi perhatian. Kadangkala disebabkan sedikit cela di wajah ataupun badan boleh meruntuhkan keyakinan diri seseorang. Situasi ini termasuklah sekiranya anda memiliki lemak dagu berlapis atau sering disebut sebagai double chin. Percaya atau tidak, perkara itu mungkin boleh membuatkan sebahagian orang hilang mood untuk beraksi di hadapan kamera.

BACA: Bantu Kembangkan Skil Anak, Wanita Ini Kongsi Tips Penyediaan Finger Food

Terdapat 8 cara mengempiskan double chin

Jika itulah masalah yang anda hadapi, maka perkongsian daripada @apiksaitama di Twitter ini mungkin dapat menyelesaikannya dengan sekelip mata. Menurut posting tersebut, sebenarnya terdapat 8 senaman yang boleh diamalkan untuk mengempiskan lemak di bawah dagu. Jangan risau, kesemua senaman ini mampu dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira tempat. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

 

Muncungkan bibir & Stick It Out

Dalam teknik pertama ini, anda hanya perlu berdiri sambil mendongakkan kepala ke atas  sambil muncungkan bibir selama lima saat. Ia disarankan untuk dilakukan secara berulang selama 15 kali. Sementara itu, kaedah menjelir lidah selama 5 saat dengan bukaan mulut seluas-seluasnya atau Stick It Out pula berupaya untuk mendapatkan bentuk bawah dagu yang ideal.

Advertisement

Senaman rahang kepala & lidah

Seterusnya, anda juga boleh mempraktikkan senaman yang diberi nama Jaw Jut dengan cara mendongakkan kepala dan menolak rahang dari bawah ke depan menggunakan ibu jari. Bahkan menurut thread berkenaan, teknik lain seperti Neck Roll dan Tongue on Teeth pula dipercayai mampu membuang lemak pada bahagian bawah dagu. 

Advertisement

Tampar bawah dagu, In and Out & Laying Lifts

Tiga alternatif lain ini juga bagus untuk diamalkan oleh para lelaki atau wanita di luar sana. Hanya menggunakan beberapa saat sahaja untuk satu sesi senaman, kaedah tersebut diyakini boleh mengubah bentuk bawah dagu seperti yang diidamkan. Keseluruhannya, perkongsian itu telah mendapat lebih 10 ribu retweets setakat ini. 

Advertisement

 

Advertisement

Sumber: Twitter apiksaitama

Apa Komen Anda?