Malu2 Saat Sarung Cincin Dikritik Drama Saja, Peminat ‘Backup’ Ardell & Nadzmi

Ahad lalu, ramai tidak menyangka bahawa hubungan persahabatan pelakon iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya termeterai di jinjang pelamin. Mereka telah disatukan dalam sebuah majlis pernikahan di kediaman selebriti wanita terbabit dengan mas kahwin berjumlah RM300 serta hantaran senaskah al-Quran. Malah dedah Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin lagi, dia sendiri yang merisik teman baiknya itu meskipun pernah menolak hint diberikan Nadzmi untuk menjadi suaminya.

BACA: [VIDEO] “Nikah Juga Dengan Best Friend” – Nadzmi Syukur Ardell Terima Jadi Suami

Advertisement

Sepanjang berlangsungnya majlis istimewa tersebut, antara moment yang telah mencuri tumpuan ramai adalah Ardell seolah-olah malu ketika disarungkan cincin oleh suaminya. Sejak daripada itu, babak tersebut kerap dikongsikan di semua jenis platform media sosial kerana disifatkan sebagai manis sekali.

Advertisement

View this post on Instagram

Sweet nya🤗❤️ . 📷@amirnaufalphotography

Advertisement

A post shared by @ myaa_ae on

Masa tak kahwin elok je bergambar sebelah2…masa sarung cincin malu2 pulak

Advertisement

Bagaimanapun, babak itu turut mengundang pertikaian daripada sesetengah pihak yang menganggapnya sebagai ‘drama’ sahaja. Malahan ianya agak kerap ditayangkan oleh kebanyakkan pengantin baru masa kini. Menurut mereka, ini bukanlah kali pertama Ardell dan Nadzmi duduk atau keluar bersama-sama sebelum ini. 

Advertisement

Lelaki sebelum kahwin practice akad nikah…perempuan pula practice ‘acah’ malu

Advertisement

Tak semua rasa apa yang diorang rasa…bukan sengaja buat ketar2 tangan tu

Dalam pada itu, golongan netizen yang sudah lama mengikuti kisah Ardell dan Nadzmi pula memberikan respon yang sebaliknya. Jelas mereka, hubungan sewaktu bergelar sebagai ‘member’ sangat jauh berbeza dengan selepas bergelar suami isteri yang sah. Malah kita juga tidak dapat mengetahui apakah perasaan yang dialami oleh setiap pengantin baru saat mereka diijabkabulkan. Selain itu, ada juga menganggap perkara ini ada kaitan dengan masalah kesihatan yang dihidapi oleh Ardell sebelum ini.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG jaydeesm, amirnaufalphotography & Twitter

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?